11-16-2012, 07:17 PM
Aku takde resdung tetapi memember aku adalah resdung ni. Sometime tengok diorg buat rawatan resdung. Orang kata resdung ni ada ulat dia atau orang panggil hama. Aku not surelah. hehe.. Kalau nak tau lebih lanjut bacalah info pasal resdung ni:

Quote:Udara Penyebab Resdung
Setiap perkara, memerlukan udara. Dalam kes ini; liang roma. Tubuh manusia dijadikan Tuhan dipenuhi dengan lubang-lubang kecil (liang roma); di mana melaluinya, tumbuhlah bulu halus dalam keadaan nampak dan tidak. Bulu ini bertindakbalas terhadap udara luar lebih kurang serupa dengan tumbuhan di tanah.
Oleh itu, tidak ada sesiapapun berupaya untuk 'mengawal' kitaran udara yang 'mengena' tubuh - di mana tidak semua udara tersebut; confirm bersih, bebas kuman & bakteria.
Melalui kajian (RkR); persekitaran tempat tinggal yang kotor, udaranya turut sama kotor, tercemar. Bakteria-bakteria serta organisma yang tidak 'membawa' kebaikan, akan senantiasa menanti serta mencari peluang dibawa arus udara (angin) untuk MENDARAT (landing) di badan anda!
Liang-liang roma menjadi pintu kemasukan, seterusnya akan melekat di badan. Dan ketika ini, ia tidak lagi menanti peluang untuk dibawa arus berpindah, kecuali menyebarkan 'spora' (telur2) supaya berkembang biak ke badan lain pula melalui angin yg mendatang.
Bantal, langsir, karpet, pakaian, selipar (dipakai dlm rumah), hampir semuanya dihuni oleh bakteria2 / organisma tidak berfaedah ini. Gejala bersin, gatal-gatal, terasa macam ada benda gigit (bila garu jadi merah), batuk, mata merah berair, batang hidung terasa 'menguit-nguit', adalah simptom bakteria / organisma ini sedang berleluasa.
Berpandukan gambarajah tersedia; pic.1 menunjukkan liang roma di bahagian atas sudah mula tersumbat. Peluang liang roma tersumbat begitu dipengaruhi oleh faktor kesihatan seseorang. Kalau semenjak azali orang tersebut kesihatannya bergantung hanya kepada apa yang dimakan & minum (tiada supplemen vitamin), maka berkemungkinan besar 'antibodi' (sistem imunisasi) dia lemah dan tidak berdaya nak singkir bakteria pembuat sumbat itu.
Di bahagian bawah bulu roma tersebut (folikel), juga terdapat saluran-saluran halus yang bersambung ke sana-sini ke semerata organ. Semuanya sudah dicipta teliti oleh Tuhan supaya setiap saluran ada peranannya. (sebagaimana enjin kereta ciptaan manusia. Tentu sekali paip berlengkok-lengkok, piston, ekzos dsb. bukan sekadar penghias! Semuanya berkenaan dengan 'penyaluran' yang berhubung kait antara satu sama lain.)
Kalau ada mana2 'tak kena' dengan sistem saluran tersebut, lambat-laun pasti masalah akan muncul. Dlm kes ini, sumbatan tersebut telah mengakibatkan nanah mula bertakung. (kekurangan udara mahupun pengaliran udara secara normal terganggu.)
Semakin banyak takungan dan semakin sempit saluran seterusnya 'block'...Maka terjadilah jerawat jenis bernanah (bisul) - yg kemudiannya mendapat gelaran 'Jerawat Resdung'. Saya belum lahir di ketika gelaran ini di'rasmi' (official), tetapi dari apa yang saya tahu, masyarakat melayu dahulu-kala, terasa pening berfikir serta menyebut sesebuah penyakit dalam erti kata saintifik (medic). Mereka tak suka susah-susah Oleh itu; semua simptom berkaitan yg seakan-akan serupa & seangkatan, dikumpul 'sekali jalan' dan digelar 'Resdung'.
Kesimpulannya: apa yang kita mahu sebenarnya ringkas (mudah): mahu usir bakteria / organisma yg ketika itu sudah bertukar menjadi 'kuman perosak kulit'. Sebab kalau dibiarkan, lagi banyak ruang akan tersumbat dan lagi banyak takungan nanah (kecil, sederhana & besar) akan muncul. Picit atau 'garu-garu kasar'(sampai pecah) bukan cara mengubatinya.
Caranya adalah menggunakan 'bahan pembasmi kuman' + (plus) 'teknik rawatan' (RkR) yang akan memastikan bahan tersebut berupaya menjalankan tugas penghapusannya sebaik mungkin. Harus diketahui; bahan berkesan tetapi cara pakai salah = hasil nanti tidak memuaskan. Begitu juga cara rawatan tepat tetapi malangnya bahan dipakai kurang berkesan.

