Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 9 10 11 12 13 ... 40 Next »

Ada Gunung Berapi Bawah Rumah?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Ada Gunung Berapi Bawah Rumah?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-18-2012, 03:10 PM
Kejadian ni berlaku di seremban. Memang pelik apabila lantai menjadi panas. Adekah gunung berapi beradi di bawah rumahnya? tak mungkin kan? Ataupun ada wap panas bawah tanah di bawah rumahnya seperti terbentuknya kolam air panas.? baca berita dibawah:
Quote:
SEREMBAN - “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit sahaja," kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara tiba-tiba menjadi panas.
Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di

SEREMBAN - “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit sahaja," kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara tiba-tiba menjadi panas.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.

“Ketika memijak kaki di lantai garaj, saya menyedari ia panas luar biasa. Jadi, saya memanggil isteri untuk memberitahu kejadian itu dan dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

“Tapi yang menghairankan kesan panas hanya dirasai di satu tempat berhampiran pintu masuk rumah sahaja dan bukannya di keseluruhan kawasan garaj,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Abdul Rahman, dia kemudian meminta rakannya untuk mengenal pasti punca kejadian itu kerana berkemungkinan membabitkan kabel di dalam tanah.

Bagaimanapun rakannya mencadangkan agar dia menghubungi pihak bomba sahaja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya menghubungi Balai Bomba Senawang dan pegawainya datang membuat pemeriksaan. Tapi mereka sendiri berasa pelik dengan kejadian itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Mineral dan Geosains negeri untuk siasatan lanjut.

“Kejadian ini memang menakutkan saya dan isteri kerana hampir 30 tahun mendiami rumah ini, inilah pertama kali berlaku,” katanya.

Abdul Rahman yang merupakan pesara tentera berkata, apa yang membimbangkannya ialah kesan panas terbabit mula merebak ke tempat lain.

Katanya, dia dan isteri bimbang untuk memijak lantai itu kerana takut ia meletup disebabkan tekanan dalam tanah.

“Malam semalam (kelmarin) hanya di kawasan garaj rasa panasnya, tapi sekarang sudah merebak ke bahagian pintu.

“Ada rakan saya cakap mungkin buatan sihir, tapi saya tidak fikir macam itu kerana saya tidak mempunyai musuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian pelik seumpama itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini air dalam lubang tandas rumahnya secara tiba-tiba ‘menggelegak’ sehingga mengeluarkan bunyi.

Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku seolah-olah ada tekanan di bawah tanah rumahnya, namun ia kembali normal selepas beberapa jam.

“Saya ada membuat bacaan Yasin dan menyiram air ke atas jubin berkenaan namun tetap tidak berkesan.

“Jadi sekarang saya dan isteri hanya menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk membuat pemeriksaan. Saya cuma berharap kejadian misteri ini berakhir segera,” katanya-Sinar
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Masalah Ar bertakung selesai
Masalah Ar bertakung selesai
08-22-2010 1,310 Views 0 Replies
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
08-08-2010 1,590 Views 0 Replies
PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal
PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal
08-27-2010 1,852 Views 0 Replies
Ayat-ayat poyo
Ayat-ayat poyo
11-03-2010 12,035 Views 10 Replies
AWAS!: APlikasi ON blah blah and SEND to XXXXX
AWAS!: APlikasi ON blah blah and SEND to XXXXX
01-09-2011 3,854 Views 6 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  21 Gunung Berapi Di Indonesia Akan Meletup! Mr.Pingu 2 3,199 11-19-2010, 01:14 AM
Last Post: semut api

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 04:07 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend