Salam satu donia! Mr.Pingu sedang diet kerana sering diejek gemuk lately (takdelah gemuk sangat biasa je la! - Sedapkan hati). Tapi padanlah dengan muka sendiri kerana banyak sangat makan benda-benda yang berkalori, bergula, bergaram, berlemak dan bermacam ber ber ber lagilah yang menyumbang kearah kegemukan. Selepas itu, nak bersenam pula malas. Padanlah muka kau. Ok! takpe walaupun dah mulakan program diet, kita masih nak update tentang makanan. Lantaklah apa korang nak kata. Actually makanan ni diambil sebelum program diet. Ok memperkenalkan kek secret recepi! Saya try dua perisa beserta air (Ni pun diambil sejurus lunch nasi dan lauk pauk - Memang pelahap la kau mrpingu).

Classic Cheese
Classic Cheese merupakan one of my Favorite. Sedap Kek ni dengan rasa cheese yang cair ditekak hehe. But, selalu gak tak berpeluang menikmati Classic Cheese sebab habis dan tiada stok.

Raspberry Cheese
Raspberry cheese ni merupakan julung-julung kali saya cuba dan rasanya tidak mengecewakan saya. Kalau diminta antara dua mana lebih sedap sama ada Classic Cheese atau Raspberry Cheese ni, saya pun tak tahu nak pilih. Dua-dua sedap.

Mix Fruits yogurt shake
Then saya amek juga "mixed fruits yogurt shake" Memang kenyang yang teramat la. Ni gara-gara kawanlah. Saya ingat dia nak makan kek rupanya dia sekadar nak teman saya je. Sabar sangat. Harganya adalah RM 8.50. Kek pun dah naik harga semua RM 7/Slice huhu. Tu tak masuk dengan tax lagi. Makan di secret recipe memang mahal.

