Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › LaYaR v
« Previous 1 2 3 4 5 6 7 Next »

Rancangan kartun tidak sesuai tontonan kanak-kanak

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Rancangan kartun tidak sesuai tontonan kanak-kanak
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
01-31-2013, 12:42 AM (This post was last modified: 02-01-2013, 02:31 AM by Mr.Pingu.)

Saya berada di Sweden untuk 3 bulan. Harini semasa saya menulis entry blog ini, masuk 11 hari saya berada di sini. Saya masih dalam usaha mempelajari budaya masyarakat disini dan keadaan persekitaran.

Satu perkara yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berhubung rancangan yang disiarkan di televisyen. Banyak rancangan yang nampak menarik namun kerana kebanyakkannya hanya menggunakan bahasa Swedish (Banyak rancangan di alih ke bahasa Swedish), saya memilih untuk menonton satu Chanel sahaja yang menggunakan pengantara bahasa Inggeris. Dalam Chanel ini, banyak juga rancangan dipaparkan namun untuk rancangan kartun tidak banyak.

Saya sudah beberapa kali menonton rancangan kartun disini. Beberapa kali juga saya lihat babak rancangan kartun ini saya fikir lebih sesuai untuk orang dewasa. Atau mungkin sebenarnya rancangan kartun ini memang dibuat khas untuk tontonan orang dewasa? Saya tidak pasti. Banyak babak rancangan kartun ini berunsur lucah seperti hubungan seks (Walaupun babak suami isteri) dan juga hubungan songsang (Lelaki dengan lelaki atau gay). Aduh.. Malu saya menontonnya nak nak jika menonton beramai-ramai. Kalau boleh kartun seperti ini dielakkan untuk tontonan kanak-kanak kerana dikuatiri akan menjadi ikutan. Nasib baik di Malaysia rancangan kartun lebih sihat kerana ada tapisan.

Namun, dengan gaya hidup masyarakat barat saya tidak hairan dengan perkara ini. Kita sebagai orang timur terutamanya orang melayu dan beragama Islam lebih sopan dan menjaga batas-batas dalam segala segi termasuk rancangan yang ditonton di televisyen. Namun, sebahagian masyarakat melayu pun sudah menunjukkan gaya hidup yang macam tidak ada bezanya dengan dunia barat malahan ada yang lebih teruk. Dimana silapnya kita perlu fikirkan.

Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang kerap menonton televisyen malahan sangat jarang. Namun kerana kebosanan di bumi orang ni saya pun tiada pilihan sangat. Daripada rancangan yang saya terlihat ini membuatkan saya terfikir bahawa peranan televisyen ni mungkin cukup hebat dalam membentuk gaya hidup masyarakat yng menontonnya. Di Malaysia sendiri saya lihat banyak drama melayu yang dah sangatlah urban mengalahkan gaya hidup masyarakat barat. Cerita berkisah gaya hidup bebas, seks luar nikah, anak luar nikah, sumbang, curang, penipuan, rompakan, judi, minum arak, hiburan melampau dan perlakuan yang tidak sopan lagi menghormati orang lain kerap dipaparkan. Ini tidak termasuk cerita-cerita tahyul yang mungkin boleh merosakkan akidah. Atas sebab inilah saya memilih untuk mengurangkan menonton televisyen kerana tidak membawa manfaat kepada saya.

Menonton televisyen tidak salah tetapi kita sebagai penonton perlu bijak memilih rancangan yang baik untuk ditonton yang boleh membawa manfaat. Contohnya dengan menonton rancangan berbentuk sains, sejarah, akademik, bual bicara ilmiah, motivasi, kuliah agama, masakan, jahitan dan seumpamanya perlu dijadikan sebahagian daripada rancangan pilihan kita. Rancangan berbentuk berita juga baik ditonton untuk memberi kita maklumat tentang isu-isu terkini.

Ringkasnya, kita perlu memilih rancangan yang baik untuk ditonton oleh diri kita dan seisi keluarga. Elakkan menonton rancangan yang tidak membawa manfaat lagi mendorong kearah perlakuan buruk. Sekian sahaja.

tag: Kartun Lucah hentai 18 sx gay lesbian
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
SAMARINDA : SAHARA [TV3, SELASA-KHAMIS @ 10.30pm]
SAMARINDA : SAHARA [TV3, SELASA-KHAMIS @ 10.30pm]
04-04-2011 2,360 Views 0 Replies
Filem Seram: Mr Bean bawa watak pocong??
Filem Seram: Mr Bean bawa watak pocong??
03-26-2012 3,775 Views 1 Replies
The Rise of the Planet of the Apes
The Rise of the Planet of the Apes
08-10-2011 2,156 Views 0 Replies
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
01-28-2011 17,438 Views 18 Replies
Proton Preve
Proton Preve
05-27-2012 4,681 Views 6 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Rancangan Televisyen ditayangkan waktu tidak sesuai Mr.Pingu 1 2,659 04-17-2014, 05:10 PM
Last Post: llama

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 2 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 09:59 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend