Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KeSiHaTaN v
« Previous 1 2 3 4 5 ... 7 Next »

Kedoktoran: Risiko Mengandung Anak Kembar

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kedoktoran: Risiko Mengandung Anak Kembar
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-14-2013, 10:27 PM
Artikel yang menarik yang dikongsi oleh seorang rakan facebook saya. Memang best ada anak kembar.. Saudara mara and sahabat handai ada yang menikmatinya. Namun... baca la seterusnya


Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Berikut adalah fakta-fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar.

Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama. Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.

Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil. Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.

Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar. Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.

ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Anak Shidee Hilang Dalam kandungan Isterinya
Anak Shidee Hilang Dalam kandungan Isterinya
03-14-2011 3,644 Views 0 Replies
anak sulong dan anak bongsu
anak sulong dan anak bongsu
10-26-2010 3,206 Views 3 Replies
Suami dan perempuan simpanan, Isteri dengan anak ikan
Suami dan perempuan simpanan, Isteri dengan anak ikan
12-25-2010 2,935 Views 0 Replies
Cincin..menarik dan pelik..
Cincin..menarik dan pelik..
04-17-2012 1,774 Views 1 Replies
Facebook ditutup: Kenyatan balas
Facebook ditutup: Kenyatan balas
01-09-2011 6,108 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Risiko AML Jika Ambilan Alkohol Dari Ibu Mengandung Mr.Pingu 0 1,739 08-06-2010, 03:42 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 04:50 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend