Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 Next »

Jimmy (Pengacara AF8) nak kahwin Oktober ini?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Jimmy (Pengacara AF8) nak kahwin Oktober ini?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-20-2010, 12:30 PM (This post was last modified: 08-20-2010, 12:32 PM by Mr.Pingu.)


Jimmy yang akan menamatkan zaman bujangnya pada Oktober tahun ini selamat bertunang dengan Nursuhaila Eliani di rumah pihak perempuan di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Jumaat lalu. Ketika mengimbau kembali detik pertemuan pasangan itu, kisah cinta mereka terjalin sejak Jimmy bertemu dengan Nursuhaila di Genting Highlands sewaktu dia menjalani rakaman Trek Selebriti bersama Noni AF pada pertengahan tahun 2006.

“Nursuhaila merupakan peminat saya dan mahu mengambil gambar dengan saya ketika kami bertemu waktu itu.

“Selepas empat tahun, saya diundang menghadiri majlis hari jadinya pada 31 Januari lalu.

"Sejak itu kami menjadi rapat dan akhirnya saya melamarnya pada bulan lalu ketika AF8 hampir melabuhkan tirainya,” kata Jimmy

Khabarnya, Nursuhaila telah lama menyimpan perasaan kepada Jimmy sejak lima tahun lalu. Sebelum ini dia hanya melihat Jimmy menerusi televisyen, akhbar dan majalah. Anak kedua daripada tiga beradik itu juga tidak pernah bercinta dan pernah menyimpan impian untuk mempunyai teman lelaki seperti Jimmy.

Ditanya apakah yang menarik minat Jimmy untuk memperisterikan Nursuhaila, Jimmy menjawab: “Dia sangat memahami kerja saya dan keluarga dia juga dapat menerima diri saya seadanya. Ibu dan bapanya juga sangat supportive dan sporting.” Majlis pertunangan itu dihadiri kira-kira 300 yang terdiri daripada keluarga dan sanak-saudara kedua-dua belah pihak.

Sementara Jimmy yang merupakan anak yatim piatu dan bongsu daripada lapan beradik itu ditemani keluarga terdekat yang terdiri daripada abang dan kakaknya. Majlis tersebut mendapat khidmat perunding perkahwinan Bahar Azman. Malah Bahar juga akan bertindak sebagai perunding majlis perkahwinan Jimmy pada Oktober nanti.

Jimmy berkata tiga majlis resepsi dijangka akan dilangsungkan iaitu di Kuala Lumpur, kampung pihak perempuan di Sungai Petani, Kedah dan kampung pihak lelaki di Ipoh, Perak.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Halim Othman tetap sendiri
Halim Othman tetap sendiri
11-03-2010 2,011 Views 0 Replies
Kak Pah bertudung...... sebab sakit gigi?
Kak Pah bertudung...... sebab sakit gigi?
10-14-2010 1,626 Views 0 Replies
Kak Engku Sedang Usaha Selamatkan Rumahtangga
Kak Engku Sedang Usaha Selamatkan Rumahtangga
08-06-2010 1,753 Views 0 Replies
salam perkenalan..
salam perkenalan..
04-17-2012 2,791 Views 1 Replies
Aloha Dari Ocean gurl
Aloha Dari Ocean gurl
12-26-2013 2,156 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Jimy (pengacara AF8) dan Isteri bermasalah? Mr.Pingu 0 1,957 11-28-2010, 11:09 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-27-2026, 07:51 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend