Bagaimana salji turun?
Dahulu saya sering terbayang keadaan bersalji. Terfikir yang bestnya kalau salji turun di Malaysia mesti nyaman je. Maklumlah Malaysia ni sepanjang tahun panas. Kalau sejuk pun masa hujan turun atau cuaca mendung. Namun, sebenarnya keadaan bersalji ni tidaklah semuanya indah. Rasanya lebih ramai yang tidak menyukai musim sejuk berbanding musim panas.
Suasana bersalji ini sangat sejuk dan memerlukan kita mamakai pakaian tebal ketika berada di luar rumah. Meskipun begitu, kita selalunya tidak mampu berada di luar bangunana pada masa panjang meskipun sudah memakai baju sejuk kerana wajah kita dan juga hidung kita masih terdedah kepada kesejukan melampau.
Keseronokan semasa musim sejuk ni hanya pada masa untuk bermain sliding dan juga ski. Selain itu, musim sejuk mempunyai malam yang panjang yang membolehkan kita mendapat tidur yang lebih selesa berbanding musim panas.
Saya pernah terfikir bagaimanalah salji turun. Tak sakit ke kena badan since air batu kan berat dan pejal? Itu yang saya fikirkan satu masa dahulu. Rupanya, salji tidak turun dalam bentuk ketulan ais yang besar tetapi turun sebagai kepingan ais yang sangat nipis dan ringan, seperti bulu burung yang paling ringan. Hujan salji yang lebat tidak memudaratkan kita kerana ia tidak sakit apabila menimpa badan kita dan juga tidak basah berbanding hujan air.
Salji jika diamati sebenarnya hadir dalam bentuk kekisi yang sangat indah. Ia juga boleh mempunyai bentuk yang berbeza-beza. Apabila salji-salji nipis ini turun dengan kerap, ia akan menghasilkan timbunan salji yang tebal. Pemandangan memutih pada musim sejuk sangat memukau kerana begitu indah.
Jika ada kesempatan, lawatilah negara yang mengalami musim sejuk dan data g pada musim sejuk. Bagi saya, Sweden salah satu destinasi yang perlu anda pilih kerana negara ini menerima salji dalam jumlah yang cukup banyak dan cantik. Ia menjanjikan satu pengalaman indah yang mungkin tidak dapat anda lupakan

Video sy snap guna iphone3gs buruk sy