Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › LaYaR v
« Previous 1 2 3 4 5 6 7 Next »

Pengalaman hampir diliwat?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pengalaman hampir diliwat?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-27-2013, 05:10 PM
Aiyoo.. ini lawok yang locah duk ado.. Adekah malaysia nak produce lebih banyak filem2 jejek camni? huhu xsetuju walaupun realiti masyarakat ada yg lakukan itu. huhu.. baca je la berita gosip dibawah:


Quote:
Hampir diliwat merupakan salah satu insiden yang tidak dapat dilupakan buat pelakon berbakat Johan As’ari apabila dirinya mula membintangi sebuah drama slot Aksi TV3 berjudul ‘Karlos.’

Menurut Johan ini adalah pengalaman baru bagi dirinya dan merasa sedikit gementar untuk melakonkan babak tersebut.

“Sebenarnya untuk melakonkan adegan hampir diliwat ini adalah sangat berat dan sukar.

“Pada awalnya saya agak gementar juga dengan watak yang dibawakan oleh Jay Iswazir sebab dia terlalu menjiwai watak dengan mendalam sehingga saya boleh rasa perbuatan hampir diliwat itu seolah-olah betul. Cuak juga la masa tu.

“Ini adalah pengalaman baru dan selama ini saya tak pernah lalui benda-benda macam ini,” ujar Johan sambil tergelak.

Berkongsi lebih lanjut mengenai pengalaman berlakon drama ‘Karlos,’ Johan akui merasa sedikit mencabar untuk melakonkan watak Karlos itu sendiri kerana jalan cerita drama tersebut adalah berdasarkan kisah benar kehidupan seseorang.

“Memandangkan cerita ini dipetik daripada kisah benar, saya rasa agak mencabar juga untuk membawakan watak Karlos, akan tetapi saya berharap penonton akan berpuas hati dengan watak yang saya lakonkan ini.

“Sebelum ini saya memang tak pernah jumpa atau kenal dengan Karlos itu sendiri, tetapi sehari sebelum ke set penggambaran drama ini, saya ada pergi ke Sekolah Henry Gurney Melaka, untuk memberikan sedikit taklimat kepada pelatih-pelatih di sana, dari situ saya ada mengenali beberapa orang pelatih dan cuba mendalami perasaan mereka,” komen Johan mengenai pengalaman pergi ke pusat Juvana.

Merujuk perkembangan terbaru, Johan difahamkan bakal menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah pada 27 Mac hingga 8 April ini untuk mengerjakan umrah bersama rombongan yang dianjurkan oleh penyanyi Hafiz Hamidun.

Untuk makluman, drama ‘Karlos’ bakal bertemu penonton TV3 mulai 4 Mac ini, pada setiap hari Isnin jam 9 malam. Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Namron, Sherlie Merlis, Syazwan Zulkifli, Azhar Sulaiman serta Jay Iswazir.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Pengalaman Saya terjebak dengan Anime Jepun
Pengalaman Saya terjebak dengan Anime Jepun
10-10-2020 836 Views 0 Replies
MOvie seram: Karak directed by Yusri Abd. Halim (KRU)
MOvie seram: Karak directed by Yusri Abd. Halim (KRU)
01-09-2011 24,324 Views 14 Replies
Khurafat arahan Syamsul Yusof mendapat kutipan membanggakan
Khurafat arahan Syamsul Yusof mendapat kutipan membanggakan
01-22-2011 8,904 Views 6 Replies
Rekabentuk pejabat yang ohsem..!!!
Rekabentuk pejabat yang ohsem..!!!
04-17-2012 1,909 Views 1 Replies
Wonderful:Criminal minds
Wonderful:Criminal minds
05-28-2011 1,244 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 01:25 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend