Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › SaiNS v
1 2 3 4 Next »

Bebola Ungu makhluk Asing Muncul di padang pasir?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Bebola Ungu makhluk Asing Muncul di padang pasir?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-11-2013, 09:46 PM (This post was last modified: 03-11-2013, 09:48 PM by Mr.Pingu.)
Dunia ini memang banyak dipenuhi dengan benda yang pelik-pelik. kadang-kadang sesuatu yang dianggap seperti fenomena sains juga tidak mampu dibuktikan oleh saintis dan menjadi tanda tanya.

Terkini, saintis bingung tentang kemunculan bebola ungu yang mengandungi air di dalamnya. beribu-ribu bebola ungu ini tidak tahu asal kejadiannya berada di tengah-tengah gurun yang panas yang lazimnya akan kekeringan dan ketandusan. Ada yang kata mungkin kejadian ini disebalik kemunculan makhluk asing.

Bacalah artikel dibawah untuk merasai sendiri kepelikan cerita tersebut. Sleepy


Quote:
Seperti yang kita tahu, padang pasir merupakan salah sebuah kawasan yang mempunyai cuaca yang agak panas. Berikutan itu, sumber air sudah tentu kebarangkaliannya sukar untuk didapati. Namun begitu, satu penemuan yang mengejutkan apabila seorang wanita menemui ribuan bebola ungu seperti cecair pepejal yang tiba-tiba muncul di padang pasir. Kemunculan ini dianggap pelik dan menimbulkan banyak persoalan.

Penemuan sesuatu yang aneh dari dunia kita mungkin sering menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan saintis dan masyarakat dengan menganggapnya berkaitan dengan kemunculan makhluk asing..Terbaru,sejenis bebola berunsur jeli berwarna ungu telah ditemui di Gurun Arizona dan apakah ia dikaitkan dengan unsur paranormal dan makhluk asing?

Penduduk tempatan di daerah Tuscon bingung dengan kemunculan ribuan bebola kecil berwarna ungu yang muncul di tengah-tengah padang pasir Arizona.

“Kami telah mengambil gambar di sekitar kawasan dan kami hanya..Maksud saya, bagaimana awak boleh terlepas yang ini?” kata Geradine. “Ia seperti berkilauan di bawah cahaya matahari”.
“Ia merupakan perkara yang tidak pernah dilihat oleh awak sebelum ini”. Sesetengah bebola tersebut kelihatan berair dan ada diantaranya pula kelihatan lutsinar.

“Kami telah mengirimkan email kepada seorang kawan yang juga seorang pakar zoologi, tetapi dia juga tidak tahu apakah benda itu” ujar Geradine kepada seorang pemberita KGUN-9. “Maksud saya, dia sendiri tidak dapat mengenal pasti asal-usul benda tersebut“
Pihak pemberita memeriksa bebola aneh berkenaan dan melaporkan bahawa ia kelihatan seperti guli yang melekit dan mengeluarkan air apabila dipicit’.

Darlene Buhrow, pengarah pemasaran untuk Tuscon Botanical Gardens berkata bahawa selepas bercakap dengan pihak yang juga ahli botani berpengalaman, jika bebola tersebut merupakan suatu yang semulajadi,ia boleh jadi terdiri daripada sejenis kulat.
Ada yang mengandaikan bahawa bebola tersebut merupakan salah satu produk daripada Deco Beads yang direka dan kelihatan seperti bebola kecil berisi air yang berfungsi bagi mengelakkan tumbuhan daripada terhidrat akibat kekurangan air. Walaubagaimanapun, ia sedikit pun tidak dapat menjelaskan kenapa ia diletakkan dalam kuantiti yang banyak di padang pasir.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
iPill - kapsul ubat elektronik pintar berteknologi tinggi
iPill - kapsul ubat elektronik pintar berteknologi tinggi
08-11-2010 1,594 Views 0 Replies
Jurang Terdalam di dunia
Jurang Terdalam di dunia
08-21-2010 2,903 Views 0 Replies
Tiga Unsur api perlu dipisahkan untuk memadamkannya
Tiga Unsur api perlu dipisahkan untuk memadamkannya
08-21-2010 3,031 Views 0 Replies
newbie kat sini
newbie kat sini
04-04-2012 1,595 Views 1 Replies
Tabiat Mr.PiNGu semasa melayari internet
Tabiat Mr.PiNGu semasa melayari internet
06-29-2012 3,310 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 10:43 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend