
NI KISAH BENAR YANG BERLAKU PADA AKU YANG MANA AKU SEDAR AKAN PENTINGNYA KEMAHIRAN BERENANG KEPADA KITA SEMUA.
Quote:Pentingnya pandai Berenang elak Lemas
Kisah ni merupakan satu pengajaran yang berguna buat aku. Sudah lama kejadian ini berlaku iaitu semasa aku masih di sekolah rendah, darjah 3-4 tak silap.
Satu hari, hujan lebat sangat. Parit di hadapan rumah nenek dinaiki air yang tinggi dan parit menjadi cukup dalam. Masa inilah Pak Cik-pakcik aku semua belasah berkubang. Memang meriahla tengok diorang berkubang. Tapi satu perkara tak dijangka berlaku. Ada seorang Pak Cik aku pedajal aku dengan mencampakkan aku di dalam parit yang dalam tersebut.
Aku memang tidak pandai berenang. Akibatnya, aku tenggelam timbul dalam parit tersebut dan hampir lemas. Banyak air aku tertelan. Kalau Pak Cik-pak cik aku tu buat tak tahu je pasti aku dah arwah. Tapi apabila nampak aku dah lemah baru diorang terjun selamatkan aku.
Naik je aku nangis sepuas hati aku! Tetibe rasa benci pada Pakcik Aku yang macam nak membunoh aku. Lepas-lepas tu aku pun selalu ikut kawan aku berkubang di parit untuk belajar berenang sendiri dan akhirnya aku pun pandai berenang. Walaupun dah pandai berenang aku takut nak berenang tempat-tempat dalam sebab aku takde keberanian lagi.
Sekarang, berenang telah menjadi salah satu benda kesukaan aku. Kalau ada kelapangan, aku suka pergi berenang ni Kompleks Renang Larkin. Selain dapat berenang aku juga dapat beriadah untuk menyihatkan Badan



