Ok Kali ni nak cerita sedikit tentang lembaga paling menakutkan di sekolah! heheh aku tak tahu korang pernah alami perkara seram yang sama ni aku rasa kebanyakkan korang pernah laluinya. hehe layan! 


Quote:Kisah Paling Seram di Sekolah
Setiap sekolah ada kisah seram tersendiri. Bagi aku, setiap tahun pasti akan berlaku kisah seram tersebut. Aku memang akan takut setiap kali melihat "Lembaga Putih" tersebut. Lembaga putih tersebut akan mula "menyerang" murid-murid tanpa belas kasihan!
Lembaga putih yang aku maksudkan disini ialah "Doktor Gigi" hahaha!
Cuak beb kalau nampak je van doktor gigi! Rasa mau caboot dan nyorok masa tu jugak! Dia ada dua peringkat. Kali pertama doktor gigi akan datang membawa kad pelajar berwarna hijau. Masa tu kami rileks je sebab semua orang akan dipanggil untuk check gigi. Kali kedua dia datang tu yang menyeramkan. Mereka hanya membawa beberapa keping kad sahaja yang mana murid-murid yang akan diserangnya sahaja!
Mulalah Doktor memanggil nama seorang-seorang untuk menerima kad tersebut. Aku paling takut kalau namaku dipanggil! Memang benar nama aku jarang terlepas kalau dipanggil. Kadang-kadang je aku tak dipanggil. Biasanya masalah masa sekolah rendah ni kita banyak gigi susu yang rosak justeru doktor akan bertindak mencabutnya.
Masa mencabut gigi korang bayangkanlah. Mula-mula mesti menerima suntikan! Jarum suntikan untuk bergigian tu besar dan panjangnya boleh tahan. Dibuat daripada besi lagi! Doktor suka macam nak menunjuk-nunjuk jarilum yang ada bius dalamnya. Kekadang dia tekan sikit supaya air bius keluar memancut. Ahhhh kecut perut!
Kini, apabila sudah berbelas tahun meninggalkan alam persekolahan, aku mulai sedar bahawa pentingnya dan besarnya jasa doktor gigi kepada kita semua. Kalau tak ada doktor gigi, takdenya gigi kita elok apabila dewasa. Now kalau ada masalah gigi kita terpaksa iktihar sendiri mencari mereka dan kali ini bukan free macam dulu semua perkhidmatan berbayar dan bukan murah juga.
walaubagaimanapun kita memang akan tetap memerlukan perkhidmatan doktor gigi seumur hidup kita sama ada kita masih memiliki gigi atau tidak



