Actually, pingu ada kisah yang cukup menarik yang ingin Pingu kongsikan kali ini. Kisah ini kalau diikutkan panjang lagi tapi saya menceritakan sebahagian kecil daripada itu. Cukuplah kenangan bersama dia tersemat di hati ini. 


Quote:Kisah Pingu dan Burung Punai
Al Kisahnya satu masa dahulu, saya pernah bertindak kejam dengan mengambil seekor anak burung punai daripada sarangnya. Saya tak dapat bayangkan perasaan ibu burung tersebut setelah kehilangan anaknya. Anak burung itu sebenarnya sudah agak besar semasa saya ambil namun ia masih tidak mampu terbang. Masa itu saya kecil lagi, baru bersekolah rendah. Terjumpa burung punai tersebut secara tak sengaja apabila bermain di dalam hutan.
Saya bawa pulang anak burung punai itu dan menunjukkan kepada ayah. Ayah pun buatkan sangkar untuk burung tersebut demi saya. Sejak hari itu, burung punai tersebut hidup dalam sangkar bertemankan sepi. Hari2 ayah bagi makan dedak dan kadangkala memandikan burung tersebut.
Suatu hari, saya mengeluarkan burung punai itu dari dalam sangkar dan membawanya bermain di kebun sebelah rumah. Sedang saya bermain-main dengan burung tersebut tiba-tiba, burung tersebut telah terbang ke dalam semak dan tidak saya temui lagi. Sedih sangat kerana kehilangan burung tersebut. Nasib ayah tak marah kerana saya telah mengakibatkan burung tersebut hilang. Saya tak sangka burung itu boleh terbang jauh ke dalam semak sebab sebelum ini dia memang tidak pandai terbang.
Namun, satu perkara yang tidak saya duga berlaku. Burung punai tersebut kembali ke rumah 3 hari selepas itu. Dia terbang dan masuk ke dalam rumah. Gembira sangat sebab tak sangka burung itu mahu kembali ke dalam rumah. Sejak hari itu, ayah meletakkan sangkar burung tersebut di luar rumah dan membuka pintunya. Burung itu akan keluar dan kembali semula di sangkarnya seperti yang dia mahukan. Dia bebas. Dan burung ini juga jinak dengan kami sekeluarga.
Kadang-kala, burung ini tidak pulang ke rumah dalam tempoh yang lama. Pernah 3-4 hari tidak kelihatan namun akhirnya kembali ke rumah. Mungkin dia dah temui kawan-kawannya dan sudah pandai mencari makanan sendiri. Namun, ayah tetap meletakkan dedak dalam sangkar dan mandikan dia sekali sekala.
Begitulah kisah kami dan burung punai tersebut. Saban hari dia peneman kami. Kami gembira melihat dia terbang bebas di angkasa dan kembali semula ke rumah. Sesekali dia sudah pandai bersiul-siul. Namun semuanya tidak berkekalan.
Suatu hari, si punai keluar rumah dan tidak lagi kembali untuk satu tempoh yang sangat lama. Seminggu berlalu dan masuk dua minggu. Kami cukup pelik kerana tidak pernah dia pergi tak kembali. Namun jika dia inginkan kebebasan sepenuhnya di luar sana kami sekeluarga tidak kisah kerana itulah yang sepatutnya dia perolehi. Namun, satu hari hati saya sebak..
Ketika keluar berjalan-jalan, saya terjumpa bangkai seekor burung punai yang berlubang perutnya. Mungkin itu si Punai. Patutlah dia tidak pernah lagi kembali. Sebab kematiannya saya tidak tahu namun saya suspek Si Punai telah dilastik oleh budak-budak nakal yang gemar melastik burung. Namun, saya harapkan si punai bukanlah burung yang telah mati itu. Harapan saya ketika itu, si punai temui kehidupan yang diharapkannya dan bebas dengan rakan-rakannya.
Begitulah kisah Pingu dengan si Punai. Apabila ternampak burung punai makan buah kelapa sawit tak jauh dari rumah beberapa bulan lepas, saya terus teringat pada Si punai. Lantas saya capai kamera dan ambil gambar dia. Sebijik sangat dengan si Punai. Yela spesis sama kan



