Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › SaiNS v
« Previous 1 2 3 4 Next »

Tiga Unsur api perlu dipisahkan untuk memadamkannya

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Tiga Unsur api perlu dipisahkan untuk memadamkannya
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-21-2010, 04:27 PM


Pertama sekali, cuba kita lihat kenapa munculnya api. Sains mennjelaskan bahawa, api akan terjadi apabila wujudnya 3 unsur iaitu oksigen, bahan bakar dan suhu.Ia juga dikenali dengan istilah segitiga api. Apabila ketiga-tiga tersebut wujud dan bergabung serentak, maka wujudlah apa yang kita namakan nyalaan api. Oleh yang demikian, untuk memadamkan api salah satu daripada ke tiga unsur itu harus dipisahkan atau dihilangkan. Dengan kata lain, rantaian segitiga api perlu diputuskan.

Unsur pertama yang mungkin paling mudah untuk dipisahkan ialah oksigen. Oksigen merupakan unsur yang sangat penting dalam kehidupan dan diperlukan oleh semua benda hidup di dunia ini untuk bernafas. Oksigen mustahil untuk dihapuskan tetapi boleh dipisahkan dalam rantaian api tersebut untuk memadamkannya. Unsur kedua yang boleh dipisahkan ialah bahan bakar. Begitu juga dengan suhu tinggi. Jadi bagaimana untuk memisahkannya? Kaedah yang paling senang ialah dengan menyiram air dengan api. Nampak mudah bukan?

Sebenarnya apakah yang berlaku apabila api terkena air. Pertamanya ialah suhu akan menurun secara mendadak dan yang kedua sebahagian air yang disiram akan bertukar menjadi wap yang akan memisahkan api dari oksigen. Oleh sebab itu, api akan padam apabila salah satu atau kedua-dua rantaian api terputus.

Namun begitu, tidak semua api dapat dipadamkan menggunakan air. Cara memadamkan api dengan air hanya dapat dilakukan sekiranya bahan bakar tersebut berupa kayu, plastik, kertas atau kain. Sekiranya api terhasil melalui elektrik, bahan bakar seperti petrol atau gas, cara pemadaman api tidaklah sama seperti kita memadamkannya menggunakan air. Menyiram air terhadap percikan api yang melalui kabel elektrik terputus adalah sangat bahaya kerana air dapat mengkonduksi arus elektrik. Penyiram mungkin akan terkena renjatan elektrik sekiranya air menyentuh badan. Untuk memadamkan api yang terhasil berpunca dari elektrik, caranya ialah dengan memutuskan terlebih dahulu punca bekalan elektrik dari sumber utama dan kemudian barulah disiram dengan air.

Bagaimana pula untuk memadamkan api yang terhasil daripada bahan bakar seperti petrol, gas dan bahan kimia mudah terbakar yang lain. Ini kerana bahan api ini mempunyai jisim yang lebih ringan berbanding air. Maka apabila disiram dengan air, bahan bakar ini akan meruap ke udara berbanding wap air dan akan lebih memarakkan lagi api yang sedang menyala kerana bahan bakar tersebut akan bergabung dengan oksigen diudara. Oleh yang demikian, untuk memadamkannya, perlulah menggunakan pemadam api berasaskan karbon dioksida yang dapat memerangkap bahan bakar tersebut daripada bercampur dengan oksigen.

Daripada kisah rantaian api dan kaedah memadamkannya, dapatlah kita pelajari bahawa setiap fenomena yang berlaku mempunya sebab musababnya yang tersendiri. Di zaman kanak-kanak, mungkin yang kita tahu apa itu adalah api, namun di sebalik kewujudan api tersebut, terselit rasa ingin tahu (curiosity) bagaimana api itu boleh wujud dan menyala. Dari situlah, saintis dan pakar akan dapat menjelaskan fenomena nyalaan api secara saintifik dan terciptanya alat pemadam api yang sangat berguna untuk kegunaan di waktu kecemasan. Sifat ingin tahu adalah anugerah ilahi yang tidak ternilai dengan apa jua sekalipun untuk manusia yang selalu berfikir. Dari situlah munculnya ilmu sains.

sumber : majalahsains.com
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Tiga pokok kurma ganjil
Tiga pokok kurma ganjil
10-26-2010 8,073 Views 3 Replies
Hairan tiga juta MyKad rosak
Hairan tiga juta MyKad rosak
11-20-2010 2,024 Views 1 Replies
Jurang Terdalam di dunia
Jurang Terdalam di dunia
08-21-2010 2,898 Views 0 Replies
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
09-21-2011 1,249 Views 0 Replies
Baguih ke idak ni?
Baguih ke idak ni?
04-20-2011 13,176 Views 24 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 10:49 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend