Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › SaiNS v
« Previous 1 2 3 4 Next »

12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
12 Biji telur berdiri di Kuching mengkagumkan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-21-2010, 05:12 PM

KANAK-KANAK tahun enam dari Tabika Padungan memerhatikan beberapa telur ayam mentah berdiri tegak tepat pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, ketika tinjauan Utusan Malaysia di Kuching, semalam.

FENOMENA telur ayam ‘berdiri’ mendapat perhatian beberapa murid Tabika Padungan, Sarawak yang kagum dengan faktor graviti yang menyebabkan kejadian itu berlaku semalam.

Murid-murid berkenaan diberi penerangan oleh pengetua tabika tersebut mengenai fenomena alam berkenaan yang hanya berlaku pada waktu gerhana matahari. Peristiwa itu turut mendapat perhatian ibu bapa yang mahu mengambil anak-anak mereka pulang dari tabika.

Para saintis berpendapat bahawa di antara matahari dan bumi terdapat garis-garis medan graviti yang dapat mempengaruhi elektron-elektron dalam telur menjadi stabil sekali gus membolehkannya ‘berdiri’. Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku di antara pukul 12 hingga pukul 1 petang berikutan graviti bulan dan matahari berada dalam keadaan sejajar.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Bukti Kaabah adalah pusat bumi
Bukti Kaabah adalah pusat bumi
10-23-2011 5,309 Views 0 Replies
Bahan dalam plastik yang wajar diberi perhatian, BPAF
Bahan dalam plastik yang wajar diberi perhatian, BPAF
08-21-2010 1,592 Views 0 Replies
Menu enak: Nasi Himpit Telur Pedas
Menu enak: Nasi Himpit Telur Pedas
12-08-2011 10,405 Views 6 Replies
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
04-26-2011 6,072 Views 8 Replies
Hello !
Hello !
10-23-2012 2,072 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
08-21-2010, 05:14 PM
20 telur berdiri

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/06/17

KUCHING: Sekumpulan murid Tadika Padungan di sini, semalam tercengang melihat fenomena telur berdiri di atas permukaan lantai yang rata tanpa bantuan sebarang peralatan.


PELIK...kanak-kanak kagum melihat telur tidak bergolek.

Kejadian itu juga membuatkan ibu bapa yang menunggu anak masing-masing terpegun melihat keganjilan kira-kira 20 biji telur berdiri. Difahamkan, telur berdiri itu sebahagian daripada usaha Tadika Padungan untuk mendedahkan murid mengenai fenomena alam yang biasanya berlaku ketika gerhana matahari.

Sebenarnya situasi seperti itu bukan perkara baru atau ajaib, malah berdasarkan fahaman saintis, ia ada kaitan dengan faktor graviti. Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak. Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari berikutan graviti bulan dan matahari dalam keadaan sejajar.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jumaat Adam, ketika dihubungi berkata, perkara itu boleh berlaku jika mengambil kira faktor graviti bumi. Katanya, kajian dijalankan mendapati perkara seumpama itu disebabkan wujudnya kuasa graviti bumi yang membantu telur itu berdiri tegak.

“Kita melihat pelbagai contoh berkaitan graviti, matahari dan bulan.
“Contohnya, air pasang surut serta siang dan malam ada kaitan dengan dua objek alam ini.

“Dari segi graviti, kalau kita berada di udara kita boleh terbang, tapi di bumi tidak berlaku,” katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 06:42 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend