Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › BorakSaKaN v
« Previous 1 2 3 4 5 6 Next »

Penyediaan Duit Raya sempena Aidilfitri 2013

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Penyediaan Duit Raya sempena Aidilfitri 2013
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-07-2013, 12:54 PM (This post was last modified: 08-07-2013, 01:08 PM by Mr.Pingu.)
Menjelang hari raya memang tidak sah kalau kita tidak bersedia dengan duit raya. Duit raya merupakan satu pemberian lazim oleh tuan rumah ke atas tetamu yang hadir yang difokuskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum bekerja atau masih bersekolah. Seperti tahun-tahun yang sudah, penyediaan duit raya merupakan salah satu perkara wajib bagi aku.

Tahun ni aku sediakan ala kadar sahaja ikut kemampuan. Tambahan lagi, aku tak mahu sediakan terlalu banyak seperti tahun-tahun sudah yang mana mengikut pengalaman aku, banyak lebihan duit raya berlaku. Iyelah zaman sekarang ni budak-budak dah malas nak beraya tak macam zaman kita kecik-kecik dulu. Budak-budak zaman sekarang lebih rela habiskan masa mereka menonton TV ataupun bermain peralatan elektronik seperti telefon pintar, ipad, komputer dan game.

Teringat zaman kecik-kecik dulu aku memang tak akan lepaskan peluang beraya sebanyak mungkin demi mengumpul duit raya. Dulu hari ray pertama aku dah berjalan rumah ke rumah di sekitar kampung. Pedulik la aku kenal ke tak yang penting aku nak beraya juga. Hehe.. Berbeza sangat dengan suasana zaman sekarang.

Aku teringat zaman dulu memang tak menang tangan nak melayan budak-budak yang datang beraya ke rumah. Zaman sekarang ni, kita pula yang tertungu-tungu kehadiran mereka. namun, selalunya hampa kerana bilangan budak-budak yang datang beraya boleh dihitung dengan jari.

Walaubagaimanapun, persediaan duit raya tetap dilakukan dan difokuskan kepada anak-anak kecil saudara mara. tahun ini, saya ada beberapa jenis sampul duit raya yang saya beli sendiri dan ada yang dapat percuma. Ini adalah diantaranya:


Personally, aku suka design 3 sampul yang dibawah tu. Terutamanya yang warna putih. Sangat cantik dengan warna kilat yang timbul pada coraknya. Yang ni aku beli di Econsave pada awal bulan Ramadan. Satu paket berharga RM 2.80 dan ada 5 keping sahaja di dalamnya! maksudnya harga satu sampul raya ni lebih kurang 50 sen+. Mahal juga. Sampul jenis ni aku akan bagi kepada orang yang special je la. manakala 3 jenis sampul yang diatas tu aku dapat percuma semasa membeli belah dan juga menukar duit raya di bank. Saya difahamkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) atau Harimau Selatan ada keluarkan sampul duit raya mereka sendiri. Walaupun saya orang Johor saya tak jumpa pula pembekalnya.

Tahun ni agak sukar saya nak menukar duit raya kerana permintaan yang tinggi menyebabkan bank kehabisan stok duit raya baru. Saya hanya berjaya tukar note RM 1 dan RM 5 sahaja. Itupun Note RM 5 sudah tidak banyak. Justeru kalau nak menukar duit raya anda perlu bertindak dengan lebih cepat.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Lim Guang Eng menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka di Permatang pauh
Lim Guang Eng menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka di Permatang pauh
09-11-2011 1,942 Views 0 Replies
JPJ akan umumkan`Sakaratul Maut' di Jalanraya!
JPJ akan umumkan`Sakaratul Maut' di Jalanraya!
08-04-2010 1,604 Views 0 Replies
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
03-16-2011 5,878 Views 8 Replies
salam
salam
12-10-2018 1,617 Views 3 Replies
Operasi mendelete User
Operasi mendelete User
05-20-2011 29,186 Views 7 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 11:36 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend