Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KeSiHaTaN v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 Next »

Vaksin Denggi bakal dikeluarkan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Vaksin Denggi bakal dikeluarkan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-21-2010, 11:19 PM

nyamuk eades

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan vaksin pencegahan denggi yang pertama dunia tidak lama lagi, kata Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin. Beliau berkata, vaksin pencegahan yang masih pada peringkat percubaan klinikal itu, dihasilkan rentetan kebimbangan semua pihak berkaitan penularan wabak denggi yang semakin serius di negara ini.

“Walaupun berlaku penurunan sebanyak 1,867 kes denggi dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding 17,532 kes tahun lalu, angka kematian akibat penyakit ini meningkat.

“Seramai 54 orang dilaporkan mati sehingga 24 April lalu, berbanding 41 orang sepanjang 2009,” katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen antidenggi anjuran Reckitt Benkiser bersama kementeriannya yang bertemakan 1Malaysia Bersama Kita Menghapuskan Denggi, di sini, semalam.

Beliau berkata Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi sebanyak 7,477 kes, diikuti Sarawak (1,801) manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 1,779 kes.

Katanya, kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes dan pihaknya menjalankan pemantauan rapi di kawasan ‘hot spot’ itu.

Rosnah berkata, Jawatankuasa Program Mengubah Sikap (Combi) Antidenggi akan diperhebatkan ke seluruh negara bagi menghapuskan denggi kerana wabak itu tidak mengenal mangsa dan boleh menyerang sesiapa saja pada bila-bila masa.

“Masyarakat perlu bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pencegahan denggi yang memerlukan pembabitan semua pihak dan secara berterusan kerana kita khuatir semakin ramai rakyat Malaysia mati disebabkan penyakit ini yang tidak mengenal mangsanya,” katanya.

Sementara itu, pengacara, Sasha Bashir, yang juga bekas pesakit demam denggi berkata, masyarakat perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat untuk melawan penyakit itu.

“Saya ditahan di hospital selama tiga hari akibat demam denggi yang menyebabkan platlet saya turun di bawah paras normal. Namun amalan hidup sihat yang saya amalkan seperti pemakanan yang seimbang dan bersenam, menyebabkan antibodi saya menjadi kuat dan berjaya melawan penyakit yang boleh membawa maut itu,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Zizan Maharaja Lawak bakal tinggalkan Melodi?
Zizan Maharaja Lawak bakal tinggalkan Melodi?
11-26-2011 2,126 Views 0 Replies
Rokok oh Rokok.. Mengapa manusia engkau merokok?
Rokok oh Rokok.. Mengapa manusia engkau merokok?
01-16-2011 2,204 Views 0 Replies
Dafi bakal keluar dengan Album Terbaru 2012
Dafi bakal keluar dengan Album Terbaru 2012
09-11-2011 3,582 Views 0 Replies
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
05-13-2011 9,318 Views 8 Replies
Kenangan yang tidak boleh dilupakan
Kenangan yang tidak boleh dilupakan
04-05-2011 118,765 Views 152 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Jenis-jenis Vaksin Covi-19 dan analisa berkaitan Vaksin Mr.Pingu 0 889 05-19-2021, 08:57 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 04:01 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend