Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 35 36 37 38 39 40 Next »

Nik Aziz bidas Karpal isu hudud

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Nik Aziz bidas Karpal isu hudud
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-22-2010, 02:03 PM
2010/08/22

KOTA BHARU: Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam mempertikaikan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju cadangan pemimpin PAS itu bahawa pelaksanaan hukum hudud cara terbaik mengatasi masalah jenayah dan sosial di negara ini.

Mursyidul Am Pas itu turut hairan dengan sikap Karpal yang disifatkannya berbeza dengan kebanyakan pemimpin DAP yang terpelajar dan intelektual serta memahami perjuangan PAS memperjuangkan undang-undang Islam berkenaan. Sehubungan itu, Nik Aziz menyuarakan kesediaan bertemu Karpal bagi menjelaskan perkara itu. “DAP (cuma dia) seorang, kita nak tahu kenapa dia tolak (undang-undang hudud)... adakah menganiaya orang, mereka tidak pernah berdepan dengan orang PAS, dia duduk di sana, kita duduk di sini, tak pernah berdepan.

“Orang begini payah. Bagaimanapun kita akan membuat penerangan secara umum. Ia masalah (kenyataan) peribadi, (pemimpin) DAP lain senyap, (pemimpin) DAP adalah orang berpelajaran dan intelektual, mereka faham.

“Jika Karpal mahu berjumpa saya, Alhamdulillah... tetapi saya nak jumpa dia agak susah sikit, saya banyak kerja,” katanya di rumahnya di sini, semalam. Semalam, akhbar melaporkan Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz bahawa cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial ialah dengan meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
'Saddam Hussein' minta maaf
'Saddam Hussein' minta maaf
08-08-2010 1,413 Views 0 Replies
60 Peratus berzina kerana pengaruh video lucah
60 Peratus berzina kerana pengaruh video lucah
08-20-2010 2,086 Views 0 Replies
Sentral: Lif roller coaster
Sentral: Lif roller coaster
08-22-2010 983 Views 0 Replies
Salam Perkenalan
Salam Perkenalan
02-10-2017 3,066 Views 1 Replies
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
09-21-2011 1,249 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 04:09 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend