07-11-2014, 05:37 PM
Assalamualaikum.. Sangat menyedihkan apabila bulan Ramadan yang mulia ini dipergunakan oleh Rejim Zionis Israel untuk membedil bumi Gaza di Palestin. Banyak nyawa tidak berdosa melayang termasuk kanak-kanak.
Di Malaysia, sebagai manusia yang prihatin, lebih-lebih saudara seagama. Ramai yang mempromosikan program derma untuk rakyat Palestin. Antaranya Dema Aman Palestin. Justeru, saya kongsikan apa dia "Aman Palestin"
Di Malaysia, sebagai manusia yang prihatin, lebih-lebih saudara seagama. Ramai yang mempromosikan program derma untuk rakyat Palestin. Antaranya Dema Aman Palestin. Justeru, saya kongsikan apa dia "Aman Palestin"
Quote:Derma untuk Palestin, berapa Aman Palestin 'dapat'?
Aman Palestin merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat berhad bukan berasaskan keuntungan (Non-profit Organization) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Sebagai sebuah badan berhad, Aman Palestin terikat dengan undang-undang Malaysia dan perlu menghantar laporan audit dan laporan kewangan setiap tahun ke Kementerian Kewangan Malaysia. Jika ada sebarang dakwaan penyelewengan dana, ia dapat dikesan melalui laporan audit.
Undang-undang negara meletakkan maksima peratusan yang boleh diambil daripada pendapatan untuk menampung kos pengurusan sebanyak 30%. Akan tetapi, polisi dalaman Aman Palestin hanya menetapkan kadar 15% sahaja untuk kos pengurusan. Daripada bahagian inilah Aman Palestin menampung kos-kos pejabat, gaji pekerja-pekerja sepenuh masa seramai hampir 70 orang di seluruh dunia (6 orang di Gaza). Baki kutipan disalurkan sepenuhnya ke Palestin untuk manfaat mereka di sana.
Pencapaian Aman Palestin hari ini, gerakerja yang tersusun dan keberkesanan dalam berperanan sebagai perantara di antara rakyat Palestin dan rakyat Malaysia, bahkan yang paling penting dalam memastikan isu Palestin sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia, sudah pasti memerlukan kepada sokongan dana 15% peratus tersebut.
Aman Palestin kini sudah mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia dan satu di Gaza.
Kos derma SMS
Derma SMS melalui sistem Telco sememangnya mempunyai kos tertentu melainkan jika ada badan tertentu boleh membangun satu sistem secara percuma untuk digunakan oleh badan kebajikan seperti Aman Palestin.
Tanpa sistem derma melalui Telco, Aman Palestin tidak dapat mencapai sebahagian segmen rakyat Malaysia yang ingin menyumbang. Kami pernah bertemu penyumbang yang sangat menghargai sistem Derma SMS ini. Beliau tinggal agak jauh dari pekan dan pendapatan terhad. Mahu menderma hanya RM8, itupun yang paling mampu diberikan. Jika mahu tunggu Aman Palestin sampai di tempatnya sudah tentu mengambil masa. Jika mahu kirim melalui poslaju, semakin kurang bahagian sumbangan. Jika mahu datang jauh-jauh hanya untuk serahkan RM8 boleh jadi dah habis wang tersebut untuk tambang dan sebagainya.
Itulah cara paling mudah dan berkesan untuk mereka yang tak mampu bagi ratus-ratus atau ribu-ribu untuk Aman Palestin. Walaupun sebahagian sahaja dermanya sampai untuk rakyat Gaza, pahala yang diperolehi sudah dikira Allah 100%.
Aman Palestin dan politik Malaysia
Aman Palestin adalah sebuah NGO yang ditubuhkan semata-mata untuk isu Palestin tanpa mengira warna politik.
Perjuangan Palestin adalah perjuangan nafas panjang
Sejak ditubuhkan, Aman Palestin sangat jelas bahawa perjuangan kami bukan untuk tempoh satu atau dua hari. Akan tetapi ia adalah perjuangan yang panjang sehingga Palestin dibebaskan. Semoga dengan kehadiran Aman Palestin ke dalam masyarakat mampu mengisi fardhu kifayah sebahagian umat Islam di Malaysia dalam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin.
Akhir sekali, seluruh warga Aman Palestin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Ia merupakan amanah yang perlu kami sempurnakan walaupun terpaksa meletakkan kepentingan peribadi kami ke tepi.
Salam jihad!
-Admin-
Sumber: Facebook.info

