07-12-2014, 09:53 PM
Assalamualaikum.. Tak lama lagi akan menjelang hari Raya Aidilfitri. Maka saya nak cerita sedikit tentang salah satu menu wajib di Hari Raya iaitu Ketupat Daun Palas.
Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.
Ketupat palas amat enak jika dimakan dengan rendang daging ataupun kari. Kebiasaannya, selain pulut, ketupat palas juga dimasukkan dengan kacang. Kebiasaanya, ketupat daun palas menjadi tradisi masyarakat Malaysia di negeri-negeri utara berbanding selatan. Di selatan lebih menggunakan ketupat daun kelapa.
Dibawah saya kongsikan gambar ketupat daun palas.