Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 Next »

Apa ceritanya: Kat nafi bergaduh

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Apa ceritanya: Kat nafi bergaduh
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-23-2010, 01:39 AM
Oleh Zubir Mohd Yunus
2010/08/22

SUDAH lama kita tidak mendengar nama Kat Mentor yang juga adik ipar kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search. Namun, Kat atau nama sebenarnya Siti Khatijah Hassan yang pernah menjadi protege kepada Datuk Siti Nurhaliza ketika pertandingan nyanyian program realiti popular TV3, Mentor musim kedua, baru-baru ini dikatakan mencetus kontroversi apabila didakwa bergaduh dengan penyanyi baru di sebuah pusat hiburan di ibu kota, gara-gara berebut teman lelaki!

Difahamkan, punca pergaduhan disertai aksi tolak menolak antara Kat dengan penyanyi baru kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, Wiwie Daunah, 28, disebabkan sikap teman lelaki Kat yang kononnya menunjukkan minat mendekati, selain mengenali artis baru berkenaan ketika pertama kali menemuinya di pusat hiburan popular itu. Khabarnya, kehadiran Kat di pusat hiburan yang sering menjadi pilihan ramai artis melepak itu turut ditemani buah hatinya yang dikenali sebagai Datuk J berusia lewat 40-an.

Gosip pergaduhan membabitkan Kat dengan Wiwie pernah disiarkan ruangan pojok, Teropong, terbitan B*Pop 15 Ogos lalu. Menurut sumber SMS, Wiwie amat marah sehingga dia mengeluarkan kata-kata kesat, mengutuk Kat menerusi laman sosial, Facebook. Wiwie mempertikaikan sikap Kat kerana tergamak memalukannya di hadapan orang ramai tanpa diketahui puncanya. Difahamkan, pada hari kejadian 30 Julai lalu, kedua-duanya tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini, sekali gus membelakangi status artis pada diri mereka sewaktu berkelahi di tempat awam. Justeru, apabila artis sesama artis bergaduh di depan khalayak ramai, tentunya menjadi perhatian umum dan berita berkenaan begitu cepat sampai ke pengetahuan media massa.

Selepas beberapa panggilan dan kiriman SMS terhadap Kat untuk memperoleh kesahihan gosip berkenaan tidak mendapat sebarang reaksi daripadanya, namun petang Selasa lalu, Kat akhirnya menghubungi wakil B*Pop selepas penulis mendapatkan bantuan kakaknya, Nourish (isteri Amy Search).

Sayup mendengar suara Kat di hujung talian disertai tangisan kecil apabila memaklumkan dia amat tertekan, sekali gus tidak berupaya menjawab panggilan mahupun kiriman SMS daripada penulis sebelum ini.

“Saya minta maaf, saya sangat tertekan. Beginikah dugaan yang harus saya tempuhi. Apabila tersiarnya gosip seumpama itu, keluarga saya di Pulau Pinang semua bertanya, betul ke cerita yang dipaparkan itu. Sebaik membaca gosip berkenaan, saya tertanya-tanya siapakah perempuan itu (Wiwie), saya tak pernah kenal dia!

“Untuk makluman semua, saya tak pernah bergaduh dengan sesiapa termasuk perempuan itu, saya sibuk dengan kerja. Justeru, pergaduhan yang dilaporkan oleh sumber berkenaan memang tak pernah berlaku! Pada malam kejadian (30 Julai) seperti dilaporkan, saya juga tidak pernah mengunjungi pusat hiburan dimaksudkan itu,” kata Kat menafikan sekeras-kerasnya gosip yang mendakwa dia pernah bergaduh dengan Wiwie di pusat hiburan terkenal di ibu kota itu.

Namun, sebaik ditanya siapakah Datuk J yang dikatakan menemani Kat ke pusat hiburan berkenaan, adakah individu berkenaan kekasihnya, sekali lagi Kat menafikan, dia tidak pernah mengenali VIP yang dikaitkan dengan dirinya itu.

“Siapa Datuk J, saya tak pernah kenal siapa dia!,” kata Kat terus-terusan membuat penafian.

Kat sebelum ini pernah dilaporkan menjalin hubungan ‘teman tapi mesra’ dengan penyanyi rock terkenal, Hattan, namun perhubungan intim itu tidak mampu bertahan lama. Apabila dimaklumkan, Wiwie pernah mengutuk Kat gara-gara pergaduhan itu menerusi Facebook, Kat menyerahkan kepada Tuhan memberi pembalasan sewajarnya.

Dalam masa sama, Kat memaklumkan dia sedang sibuk menyiapkan proses rakaman single terbarunya yang bakal menjengah pasaran. Tambah Kat: “Saya nak buat come back, jadi saya memang tak ada masa nak melayan perkara remeh temeh seperti ini (gosip pergaduhan dengan Wiwie). Nantikan saja kemunculan single terbaru saya sedikit masa lagi”

>> kalau tak ada angin xkanlah pokok bergoyang.. agak2la sikit nak tipuu
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Rezeki anak Ziana: jadi Duta AntaBax
Rezeki anak Ziana: jadi Duta AntaBax
08-07-2010 1,828 Views 0 Replies
Tuntutan Fasakh Isteri Adnan Abu Hassan 22 November
Tuntutan Fasakh Isteri Adnan Abu Hassan 22 November
10-31-2010 1,283 Views 0 Replies
Raja Azmi tidur lokap
Raja Azmi tidur lokap
08-20-2010 1,386 Views 0 Replies
Helo semua
Helo semua
10-21-2012 1,475 Views 0 Replies
Tabiat Mr.PiNGu semasa melayari internet
Tabiat Mr.PiNGu semasa melayari internet
06-29-2012 3,310 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 10:43 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend