Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 4 5 6 7 8 ... 40 Next »

Bertumbuk Dalam Masjid Masa Hari Akad Nikah?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Bertumbuk Dalam Masjid Masa Hari Akad Nikah?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-28-2016, 05:16 PM (This post was last modified: 03-28-2016, 05:18 PM by Mr.Pingu.)

Bagi aku lah, Isu ni sangat tak masuk dek akal yang waras. Benda ni boleh bawak bincang. Bukannya pihak lelaki xbagi langsung dia bagi dan aku yakin dia usaha sebaiknya nak cukupkan wang hantaran. Tapi gaji pengawal keselamatan 1500 ko rasa camne?? Nak hidup lagi nk kumpul utk kawen lagi? toleransi la sket. Bkn xnak bayar tapi dia akan bayar lepas majlis. Ntahla. bagi aku isu ni memalukan bangsa dan agama. Malu weh!



Quote:Pengantin kena tumbuk duit hantaran tak cukup

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000. Menurut sumber, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.

“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.

“Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya ketika dihubungi semalam. Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu. Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pe­ngantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.

“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya. Kata sumber itu, keadaan di pekara­ngan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz44Bg2MulN
Hakcipta terpelihara
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Tragedi mangsa ditanam hidup-hidup
Tragedi mangsa ditanam hidup-hidup
08-09-2010 3,377 Views 2 Replies
Kondom Bergigi : dicipta untuk melindungi wanita
Kondom Bergigi : dicipta untuk melindungi wanita
08-04-2010 1,405 Views 0 Replies
Mengenai pelukis terkenal Masashi Kishimoto > Naruto
Mengenai pelukis terkenal Masashi Kishimoto > Naruto
08-06-2010 8,301 Views 8 Replies
kenapa...??!
kenapa...??!
05-06-2011 6,480 Views 13 Replies
Maksud Facebook secara Islamik
Maksud Facebook secara Islamik
02-15-2012 3,158 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-19-2026, 02:51 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend