Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › SHOPS & PROMOTION › SHOP & PROMOTION › YouR PRoMoTioN v
« Previous 1 2 3 4 Next »

Tudung Exclusive Yang Sangat Cantik

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Tudung Exclusive Yang Sangat Cantik
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
04-13-2016, 10:15 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sekarang ini, trend memiliki tudung eksklusif  telah menjadi satu fenomena. Saya sendiri pernah melaluinya apabila diupah menjadi "pembeli" untuk tudung keluaran Aidijuma oleh seorang kakak yang merupakan kawan baik. Terus terang, saya tak faham mengapa begitu ramai serbu gedung tudung Aidijuma dan berpusu-pusu orang membeli tudung tersebut. Yang menarik, setiap orang tidak boleh memilih lebih daripada satu tudung untuk design yang sama. Jadinya, memilikinya adalah sangat sukar. Sapa cepat dia dapat! Inilah penangan tudung eksklusif. Bagusnya, tudung ni murah! Ya murah! semasa saya membeli. Hehe..

[Image: aidijuma1.jpg]

[Image: aidijuma2.jpg]
TUDUNG AIDIJUMA


Beberapa minggu lepas, kita dikejutkan dengan fenomena orang berebut-rebut nak dapatkan tudung eksklusif Fareeda. Ada ramai siap berkampung depan kedai semata-mata nak jadi yang terawal dapat nombor giliran katanya. maksudnya tudung tersebut memang cantik dan terlalu sedikit dikeluarkan. Peminat tudung eksklusif memang sanggup buat apa sahaja untuk itu. Lebih-lebih lagi model tudung tu, Mawar isteri kepada pelakon terkenal Fizo Omar memang cun meletop dan merupakan anak tokey sendiri.. hehe..

[Image: Fareeda-1.jpg]

[Image: fareeda-2.jpg]
TUDUNG FAREEDA


Selain Fareeda, tudung Ariani juga cukup terkenal sebagai tudung eksklusif. Saya tidak pernah ambil peduli tentang tudung ekslusif tetapi saya sangat bertuah kerana pernah mendapat cabutan bertuah tudung ini dalam satu majlis di Shah Alam. Diorang bagitau harga tudung ni cukup mahal. Tapi saya lihat biasa je. Kemudian saya hadiahkan kepada ibu saya. Kemudian, apabila saya cari info, rupanya tudung ini direka dengan konsep yang ringkas tetapi mementingkan kualiti kain. Ia yang tidak mudah rosak dan sangat selesa dipakai. Itu sebabnya tudung ini menjadi pilihan ramai termasuk para artis popular antaranya Dato Siti Nurhaliza dan Wardina Safiyyah.

[Image: ariani-1.png]

[Image: ariani-2.jpg]
TUDUNG ARIANI


Tudung-tudung eksklusif yang saya ceritakan diatas ada keistimewaannya tersendiri dan telah dikenali di serata negara. Sekarang, saya nak memperkenalkan pula dengan tudung eksklusif yang betul-betul baru dan mempunyai nilai kualiti cukup tinggi setanding tudung-tudung eksklusif yang popular tersebut. Atau lebih tepat lagi, tudung ekslusif keluaran Rdija Signature menggunakan kain jenis Italian Chiffon Silk! Jenis sama yang digunakan oleh Fareeda dan juga Chenta Watie (Maaf kalau maklumat saya kurang tepat). Malahan, dari segi harga jauh lebih murah dan mampu dimiliki. Design tudung sangat cantik. Yang paling saya banggakan ialah ia merupakan sentuhan adik kandung saya sendiri. Pengalaman dalam menjahit bertahun-tahun membawa beliau ke satu tahap yang lain. Mewarisi kebolehan jahitan daripada ibu, adik saya, Rdija Ayop telah memperkenalkan "Instant Shawl" yang diberi nama "Rdija Signature" dengan motto "Wear with Pride".

Pertamanya, saya nak memperkenalkan pencetus Rdija Signature, Rdija Ayop yang memakai Instant Shawl berwarna Merah Jambu. Disebelah beliau merupakan model pertama Instant Shawl keluaran Rdija Signature yang merupakan adik ipar kami sendiri, Liz Emilly, yang merupakan pakar solekan yang bergerak dibawah Emilly de Paris:

[Image: rdijasignature.jpg]
INSTANT SHAWL: RDIJA SIGNATURE

Disebabkan Instant Shawl yang cantik ini yang ingin diketengahkan, saya akan memberikan beberapa sampel tudung keluaran Rdija Signature untuk tatapan anda semua. Menariknya tudung ini ialah ia dihasilkan dengan pelbagai warna dengan corak berbeza menggunakan "Metallic Vinyl" dan juga dihiasi oleh batu indah yang dikenali sebagai "Rhinestone".

[Image: metallic%2BVinyl%2Brhinestone.jpg]
Metallic Vinyl + Rhinestone

Kelabuhan tudung ini boleh dilaraskan dan juga ia didatangkan dengan pelbagai saiz mengikut kesesuaian pemakai. (S ke XL). Berikut merupakan sampel tudung keluaran Rdija Signature yang digayakan oleh Liz Emilly pemilik "Emilly the Paris".


[Image: rdijasignature3.jpg]

[Image: rdijasignature9.jpg]

[Image: rdijasignature6.jpg]

[Image: rdijasignature5.jpg]

[Image: rdijasignature7.jpg]

[Image: rdijasignature8.jpg]



[Image: rdijasignature10.jpg]

[Image: rdijasignature11.jpg]

[Image: rdijasignature12.jpg]

[Image: rdijasignature4.jpg]

Amacam? Cantik tak? Saya yakin tudung ini mampu memenuhi selera anda sebagai peminat tudung eksklusif. Selain cantik ia juga lebih murah dan mampu dimiliki. Sebab sekarang masih dalam harga promosi. Kalau lambat order, nanti akan kembali ke harga sebenar. Namun, harga sebenar masih lagi rendah dibandingkan tudung-tudung eksklusif yang lain. Ok sekarang, bagaimana anda nak order Tudung Eksklusif berbentuk Instant Shawl keluaran Rdija Signature ni? Mudah sahaja. Masuk ke laman Web >> RDija Signature << dan start online shopping! Lepas dah siap order, tunggu sahaja tudung ini dipos ke tempat anda dengan bungkusan yang berkualiti seperti gambar dibawah:

[Image: rdijasignature2.jpg]

Jangan tak cuba! Rugi tak beli sebab stok sangat-sangat limited. Diperkenalkan dengan 30 jenis warna berbeza dan setiap warna adalah limited dan corak vinyl juga berbeza. Sapa cepat dia dapat! Dapatkan segera ye sebelum stok kehabisan. Bersedia untuk bergaya dengan tudung ekslusif keluaran Rdija Signature untuk hari Raya, majlis-majlis rasmi dan juga untuk kegunaan harian agar anda tampak lebih menawan!

Jangan lupa, like juga facebook >> Rdija Signature << untuk update terkini.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Rupanya Bunga Yang Cantik ini ialah Bunga
Rupanya Bunga Yang Cantik ini ialah Bunga
11-22-2019 844 Views 0 Replies
EPM Volume Pil | Cara Tambah Dan Suburkan Air Mani
EPM Volume Pil | Cara Tambah Dan Suburkan Air Mani
02-14-2021 541 Views 0 Replies
TRADEIN
TRADEIN
05-20-2019 487 Views 0 Replies
Ayat-ayat poyo
Ayat-ayat poyo
11-03-2010 11,910 Views 10 Replies
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
12-29-2011 8,994 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 06:04 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend