Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KePeNGGuNaaN v
« Previous 1 2

Hukuman SEBAT: Sivil vs Syarie

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Hukuman SEBAT: Sivil vs Syarie
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-23-2010, 06:08 AM
Hukuman sebat syariah tidak seperti sebatan sivil

Isu sebat sepatutnya tidak dibesar-besarkan. Bahkan penjelasan mengenainya telah pun dibincangkan melalui satu seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada April lalu berhubung Hukuman Sebat Jenayah Syariah.

"Jika dibuat perbandingan di antara sebat syariah dan sebat sivil, kesimpulannya, sebat sivil itu lagi kejam," demikian kata pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Jasri Jamal.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu hukuman sebat terhadap Dewi Sari Kartika Shukarno yang dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah Negeri Pahang kerana meminum arak di khalayak ramai, baru-baru ini. Ujar Jasri, Islam itu agama yang indah dan sebat yang termaktub di dalam hukum syariah pula mempunyai banyak hikmah di sebaliknya.

Oleh itu mengapa ia harus dipertikaikan oleh banyak pihak. Walhal dari sudut perundangan, apa sahaja yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah, tiada pihak yang boleh mempertikai apatah lagi pihak yang berada di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah. Beliau menggesa supaya diberi ruang kepada Mahkamah Syariah untuk membuat semakan di atas keputusan yang telah diputuskan.

"Sebagai ahli akademik, kes pertama ini dilihat sebagai kes teladan atau rujukan yang boleh dilihat sekiranya berlaku kes yang seumpamanya pada masa hadapan.

"Tetapi apabila kes ini 'dikacau' oleh pihak-pihak yang tidak sepatutnya bersuara, maka hukuman ke atas Kartika tergendala," jelasnya.

Kaedah Sebat

Sementara itu kekecohan kaedah sebat yang menjadi bualan masyarakat yang mempersepsikan kaedah tersebut menyerupai kaedah sebat sivil, ia harus diperbetulkan. Menurut Dr. Jasri, kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan ia menjadi kes pertama.

Ditambah pula selama ini, demonstrasi sebat yang diadakan di tempat-tempat awam hanya menunjukkan kaedah sebat sivil. Justeru sudah tiba masanya, kaedah sebat syariah dipertontonkan kepada masyarakat supaya salah faham ini boleh diperbetulkan.

Dalam pada itu memetik kertas kerja yang bertajuk, 'Peranan Institusi Penjara Dalam Pelaksanaan Hukuman Sebat Bagi Kes Jenayah Syariah:Satu Pandangan' oleh Timbalan Penguasa Penjara, Jabatan Penjara Malaysia, Masran Muhammad, dalam seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah, menjelaskan, daripada aspek pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah jenayah syariah, Jabatan Penjara tidak mengalami sebarang masalah kerana semua bentuk hukuman sebat telah diajar kepada Pegawai Sebat Rotan.

Di samping itu apabila terdapat hukuman yang melibatkan sebatan rotan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah ia akan dirujuk kepada Bahagian Keselamatan, Ibu Pejabat Malaysia agar tiada sebarang kesilapan semasa pelaksanaan.

"Jabatan Penjara Malaysia perlu mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam melaksanakan hukuman sebat di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah kerana ia melibatkan tatacara yang berbeza di antara sebuah negeri dengan negeri yang lain," katanya.

Dalam pada itu, Masran menjelaskan, Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan hukuman sebat rotan terhadap pesalah-pesalah yang disabitkan dengan hukuman tersebut yang terdiri dari berbagai-bagai-bagai kategori seperti berikut:

lJenayah
lJenayah Syariah
lPecah Amanah (CBT)
lJuvana
lPesalah tatatertib penjara

Menurut Masran, secara purata pada setiap tahun selepas tahun 2005 sejumlah 775 pesalah telah dilaksanakan hukuman sebat rotan (1,700 sebatan setiap tahun secara purata).

Justeru, merujuk kes Kartika Dewi Sari, ia sepatutnya tidak menimbulkan sebarang kekecohan apatah lagi, sebatan syariah sama sekali jauh berbeza dengan sebatan sivil. Bahkan menurut Dr. Jasri, ia boleh diibaratkan antara langit dan bumi. Oleh itu mengapa perlu gusar sekiranya hukuman sebat syariah perlu dilaksanakan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
HUKUM HUDUD: Hikmah Hukuman Zina
HUKUM HUDUD: Hikmah Hukuman Zina
03-03-2012 4,816 Views 0 Replies
Harga Proton di saudi Arabia
Harga Proton di saudi Arabia
11-08-2010 2,689 Views 2 Replies
Kebiadaban Pengusaha kasut kafir terhadap Umat islam
Kebiadaban Pengusaha kasut kafir terhadap Umat islam
03-20-2013 2,350 Views 0 Replies
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
09-21-2011 1,163 Views 0 Replies
Cincin..menarik dan pelik..
Cincin..menarik dan pelik..
04-17-2012 1,691 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread:
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-30-2026, 12:55 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend