Sekadar berkongsi Tips Nyanyian dari Bekas penyanyi popular Kumpulan Umbrella: Zarul
Quote:Salam hormat
Seperti yang dijanjikan saya kembali dengan tip tip vokal dan jika anda sudah muak dengan tip saya ini mempunyai hak untuk tidak lagi menerima email saya dengan klik butang "leave group" di group Tip Nyanyian
Ok kepada yang masih berminat,ini dia tip kali ini... Selamat Membaca!dan terima kasih atas perhatian anda.
Sebelum kita bercakap mengenai latihan ini dengan lebih lanjut,saya nak anda bunyikan perkataan ini "Hmm?" Cuba sekarang!! Hmmm? Ianya ibarat {!name} terkejut dengan seseorang atau seseuatu dihadapan anda atau dalam nada tertanya-tanya.
Senang bukan?Apa yang anda telah lakukan tadi adalah salah satu bentuk latihan warmup
Latihan regangan 'humming' adalah yang paling ringkas dan senang untuk dilakukan,namun begitu ianya adalah sukar untuk kita mahirkan. Ini adalah kerana kita selalu tersalah meletak kedudukan vocal bila kita membuatnya(latihan humming),dan ada kebanyakan nya yang meletakkan dikedudukan note yang rendah atau kemungkinan menggunakan otot tekak untuk membantu yang mana ini akan menyebabkan bunyi yang keluar datangnya dari kawasan anak tekak Inilah sebabnya saya menyuruh anda membunyikan perkataan 'Hmmm?" itu tadi. Ini akan membuatkan pitching/nada yang dihasilkan adalah menaik semasa kita menyebutnya.. Setiap kali apabila kita membunyikan "hmmm? itu tadi dan kita mula meninggikan suara kita dihujung perkataan tersebut,cuba tinggikan sedikit demi sedikit pitch di hujung perkataan Hmmm?
Kalau anda perhatikan dan rasa setiap kali kita tinggikan suara anda akan dapati ada rasa macam bergetar di kawasan hidung dan saluran hidung yang kemudiannya membawa ke kawasan mata dan seterusnya ke bahagian kepala.Ini sebenarnya adalah 'sensasi' bunyi 'hmm? itu tadi yang bergema didalam kepala kita menjadikan penggunaan kepelbagaian ruang didalam tulang tengkorak untuk menjana bunyi yang kita hasilkan Kita juga boleh mencuba latihan yang lain dengan menghasilkan bunyi "Hmm.." dengan membiarkan pitching nya menurun semasa kita menyebutnya.(Ia seumpama kita meragui sesuatu.)Jadi dalam kes ini bunyi sensasi getaran akan bergerak kebawah dan nada yang palingrendah bergema di bahagian dada
.Ok cuba latihan ini, menggunakan 3 note dalam range 5 note,humming dari Doh ke Mi ke Sol dan balik ke Mi dan Doh - DOH MI SOL MI DOH
Tujuan latihan ini adalah untuk melatih ketepatan pitching dan juga membantu meregangkan lipatan suara atau vocal kord bila kita 'strecth' dengan pitching yang menaik
Baiklah saya kira cukup dahulu buat kali ini sehingga kita berjumpa lagi diemail akan datang
Salam Hormat
Zarul Umbrella

