Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › GaYa v
« Previous 1 2 3 4

Hamper kubah masjid

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Hamper kubah masjid
loritah Offline
Junior Member
*
Posts: 47
Threads: 22
Joined: Aug 2010
Reputation: 0
#1
09-07-2010, 12:09 AM
Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


HAMPER berbentuk masjid antara yang mendapat perhatian pelanggan.

TRADISI bertukar-tukar buah tangan seperti ketupat, dodol dan biskut sememangnya sudah menjadi satu kebiasaan pada musim lebaran. Biarpun pun begitu asimilasi budaya menyebabkan selain tradisi bertukar kuih-muih, pemberian cenderamata berupa hamper yang biasanya diamalkan pada perayaan lain sudah menjadi praktis biasa menjelang Aidilfitri.

Segelintir masyarakat akan menempah lebih awal hamper hari raya untuk dihantar kepada syarikat korporat atau perseorangan. Bermacam-macam bentuk dan rupa dapat dilihat kerana bagi pembuat hamper, setiap tahun mereka akan menonjolkan rekaan berlainan berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

Menyedari pemberian hamper sudah menjadi satu fenomena yang semakin meriah hari ini, pengusaha Norizan Bakers, Norizan Alias, mengambil kesempatan bukan sahaja menjalankan bisnes itu secara serius, bahkan menyuntik elemen eksklusif dengan membuat lukisan tangan pada kotak hamper yang dijualnya.


HAMPER daripada daun mengkuang yang comel.

“Setiap tahun memang kita akan pamerkan idea yang menarik untuk gubahan hamper. Lukisan pada kotak merupakan hasil tangan saya sendiri. Tahun ini hamper lukisan tangan sememangnya mendapat permintaan tinggi di Norizan Bakers,” katanya.

Selain itu, Norizan yang sudah berpengalaman selama tujuh tahun dalam pembuatan kuih-muih dan kiriman hamper hari raya turut menyediakan bingkisan diperbuat daripada kertas kitar semula. Antara rekaan yang sering mendapat perhatian ialah lima hamper berlainan saiz menggunakan elemen berbentuk masjid lengkap dengan kubah.

Dari segi harga, hamper Hari Raya Aidilfitri di Norizan Bakers bermula dari harga serendah RM50 hingga RM2,000. Perbezaan harga bergantung kepada hiasan dan barangan yang dimuatkan di dalam hamper. Katanya lagi, hamper yang bernilai RM2,000 diperbuat daripada kotak kulit eksklusif. Bagi harga serendah RM50 pula hamper itu menggunakan bakul biasa yang dihias ringkas.

“Biasanya hamper yang berharga RM2,000 memuatkan enam jenis biskut buatan sendiri dan empat kek istimewa antaranya ialah kek tamar atau buah.

“Dari segi sentuhan kreatif, saya menggunakan hiasan kristal gel untuk menampakkan elemen mewah,” terangnya yang mempunyai 25 pekerja yang ditugaskan untuk membuat kek dan biskut raya.


BAKUL hamper yang klasik boleh menjadi cenderamata untuk orang tersayang.

Terdapat 14 jenis biskut dan kuih raya yang disediakan Norizan seperti almond mocha log, lamington drop, chocolate roses, tat nanas, epal madu, semperit telur rebus, biskut dahlia, coffee almond dan sebagainya. Sementara itu, individu yang turut bertungkus-lumus menyiapkan tempahan hamper raya, Aniza Baharudin, memberitahu dia mengekalkan konsep tradisional kepada pelanggan setia.

“Saya banyak menggunakan produk kraf tangan seperti bakul rotan dan mengkuang. Kuih pun berkonsepkan tradisional seperti dodol, putu kacang, mini popia, kuih bangkit dan batang buruk.

“Kuih-muih tersebut semuanya atas kerjasama rakan dan saudara-mara yang tolong buat,” jelasnya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Collagen Crystal Mask (gold)
Collagen Crystal Mask (gold)
12-23-2013 1,755 Views 1 Replies
Fashion bertemakan Kingsman
Fashion bertemakan Kingsman
11-30-2019 858 Views 0 Replies
Jelita si Norjuma Habib, Datin yang digilai ramai
Jelita si Norjuma Habib, Datin yang digilai ramai
12-26-2010 5,201 Views 0 Replies
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
03-16-2011 5,632 Views 8 Replies
Topik sembang-sembang: Gula-gula
Topik sembang-sembang: Gula-gula
01-28-2011 13,428 Views 20 Replies
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 12:29 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend