09-07-2010, 05:28 PM
GELI-GELEMAN sungguh CAK dengan perangai seorang komposer yang tak pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Bukan kepuasan dari segi hasil kerja atau wang ringgit, tapi yang CAK maksudkan di sini adalah kepuasan seksual.
Depan media dan orang awam, bukan main mesra dan sayang lagi dia dengan isterinya tetapi hakikat sebenar Tuhan saja yang tahu. CAK dapat tahu sampai sekarang dia masih meniduri wanita lain dan kebanyakan mangsanya adalah artis baru yang ingin mendapatkan lagu daripadanya.
Aktiviti gilanya itu biasanya dilakukan lewat malam di studionya, malah teman CAK pernah mendengar rungutan artis baru yang bakatnya dicungkil menerusi sebuah program realiti mengenai komposer ini. Katanya, dia rasa tertipu apabila album dijanjikan tidak muncul-muncul sedangkan banyak dikorbankan, termasuk dirinya. Terkejut juga CAK bila diberitahu artis cantik itu jadi tempat komposer ini memuaskan nafsu.
Bukan sekali dua, tapi sudah bertahun-tahun hubungan ‘hitam’ mereka terjalin. Dia rasa terhina apabila komposer ini memperlakukannya seperti bola, malah niat komposer itu bukan mahu membantunya menghasilkan album tetapi untuk dijadikan teman tidur.
Komposer itu sering beri alasan mahu bertemunya untuk berbincang mengenai material album tetapi apabila sampai di studio lain pula jadinya apabila bajunya pula yang dilucutkan satu persatu. Namun bagi CAK yang bodohnya artis itu juga kerana terlalu mudah menyerahkan kesuciannya semata-mata mahu mengejar cita-cita. Kalau sekali sudah terkena, kenapa perlu ada sesi ulangan. Dalam hal ini nampaknya macam bertepuk dua belah tangan.
Komen: Komposer bingai artis itu pun sama bodoh!!