Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › LaYaR v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 Next »

Mentor 4 raya catat 3 juta penonton atasi Stylistika CT and Fenomena FT

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Mentor 4 raya catat 3 juta penonton atasi Stylistika CT and Fenomena FT
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-01-2010, 11:09 AM
Mentor Raya, Air Mata Nur Salina hebat Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
2010/09/30

KEJAYAAN diraih Mentor Musim ke-4(Edisi Raya) apabila mencecah rating hampir tiga juta penonton selepas ditayangkan di TV3 pada Aidilfitri lalu. Menurut hasil kajian AGB Nielsen, TV3 terus mendominasi peratusan penonton berbekalkan pelbagai sajian program Aidilfitri yang menarik dengan tagline, Sinari Lebaran. Lebih hebat lagi, Mentor Edisi Raya mengatasi program Stylistika Siti dan Fenomena Faizal Tahir yang mencecah rating lebih sejuta penonton.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,Datuk Seri Mohd Farid Ridzuan, berkata, kejayaan Mentor Edisi Raya itu disebabkan ia menampilkan kelainan daripada mana-mana stesen TV lain.

“Kami sentiasa membuat kajian pendekatan terkini agar semualapisan penonton terhibur di musim perayaan ini. Kami juga memastikanartis yang diundang dalam program kami bukan artis sama dengan stesenTV lain kerana ada artis yang terlalu ‘over exposed’ di kaca TV,”katanya.

Farid berkata, telefilem Air Mata Nur Salina arahan Erma Fatima yang menampilkan lakonan hebat Umie Aida, Remy Ishak dan Ady Putra pulaberjaya mencecah seba­nyak 2.5 juta penonton.

“Manakala, filem Blokbuster Jangan Pandang Belakang Congkak menjadi pilihan utama malam raya pertama dengan jumlah penonton sebanyak sebanyak 2.6 juta hingga melonjakkan rating TV3.

“Program menarik lain yang disiarkan adalah Akustika 2010, AnuarZain: Semuanya Untukmu, Hikayat, Bas Raya, Melodi Raya, Ewah-Ewah Raya, Sebenarnya... Black, Saya Terhebat, Manikam Kalbu, Madrasah Di Pinggir Syurga dan Salam Mangkassara.

“Antara program yang meraih jumlah peratusan tinggi ialah Sampaikan Raya 2010, Syawal Pertama, Bas Raya, Bang Bang Boom Raya, Ewah-Ewah Raya, Cheritera dan Manikam Kalbu dengan kadar melebihi 1 juta penonton.

“Filem blockbuster seperti Momok The Movie, Kecoh Betul, Susuk, Syurga Cinta, Senario The Movie, Jin Notti yang ditayangkan sejak Hari Raya Pertama hingga Hari Raya Ke-10 pada waktu perdana pula mencecah rating hampir tiga juta penonton,” jelasnya.

Farid berkata demikian ketika majlis rumah terbuka Media Prima Berhad (MPB) yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini. Menurutnya, stesen nombor satu yang mencecah usia 26 tahun juga telus dalam soal pemilihan drama yang disiarkan di TV3. Sementara itu, rumah terbuka MPB yang dihadiri lebih 1,500 tetamu disemarakkan dengan kehadiran Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bersama isteri.

Hadir sama, Pengerusi MPB, Datuk Johan Jaafar; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Amrin Awaluddin; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial MPB, Datuk Ahmad Abd Talib; Ketua Rang­kaian Radio MPB merangkap Ketua Pegawai Operasi Alt Media dan Pengarah Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun.

Majlis disemarakkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti Faizal Tahir, Adibah Noor, Aizat, Black dan Jaclyn Victor, Ifa Raziah dan Roslan Shah. Artis popular lain yang hadir termasuklah Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Rozita Che Wan, Farah Ashikin, Azhar Sulaiman, Yatt, Sharifah Shahirah, Kartina Ayub, Tam Suhaimi, Ery Putra, Rozie Rashid, Hans Isaac, Fouziah Gous dan Iqram Dinzly.

Tidak ketinggalan, Komposer terkenal Ramli MS, Ahmad Idham, Aziz M Osman dan Azwan Ali. Barisan personaliti MPB yang hadir ialah Ahmad Fedtri Yahya, Azizah Ariffin, Aidit Marcello, Adriana Aris, Fara Fauzana, Karl Shafek dan ramai lagi.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
1.4 Juta kakitangan kerajaan menikmati faedah melalui SSM
1.4 Juta kakitangan kerajaan menikmati faedah melalui SSM
12-07-2011 2,037 Views 0 Replies
Edisi hari raya: Baju melayu
Edisi hari raya: Baju melayu
08-17-2010 10,666 Views 4 Replies
Rancangan hiburan: SPonTaN
Rancangan hiburan: SPonTaN
08-06-2010 1,628 Views 0 Replies
business talk
business talk
06-20-2022 4,589 Views 14 Replies
Realiti seorang menteri besar
Realiti seorang menteri besar
08-08-2010 6,948 Views 10 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 03:55 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend