Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 33 34 35 36 37 ... 40 Next »

Lokasi seks

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Lokasi seks
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-05-2010, 10:30 AM

Jeti pelancongan di Merang kini terbiar dan menjadi sarang maksiat.

Jeti, benteng pemecah ombak Pantai Merang tidak berfungsi

MERANG: Salah siapa. Sama ada faktor alam, kesilapan reka bentuk atau tiada kajian mendalam menyebabkan jeti dan benteng pemecah ombak di Pantai Merang di sini, kini tinggal menjadi 'tugu' kerana tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Jeti dan benteng pemecah ombak tinggal yang berada kira-kira dua kilometer dari jeti yang digunakan sekarang di Muara Sungai Merang, juga didakwa penduduk sudah menjadi lokasi pasangan kekasih gelap memadu asmara. Jeti dan benteng pemecah ombak yang dibina menggunakan kepakaran luar negara membabitkan kos RM22 juta itu pada asalnya dibina bertujuan memudahkan pengusaha bot pelancong melabuhkan bot untuk mengambil dan menurunkan penumpang dari Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Prasarana yang sudah menjadi gajah putih itu dibina pada 1996 dan hanya sempat digunakan empat tahun, dan masalah yang merugikan pelaburan kerajaan itu dipercayai disebabkan tiada kajian secara terperinci mengenai keadaan pasang surut air, arus dan pembentukan beting pasir semula jadi di kawasan itu.

Akibatnya, pelaburan besar yang boleh digunakan untuk membeli hampir 500 unit rumah kos rendah itu, terbiar bersama beberapa kemudahan lain yang dibina termasuk jalan masuk, gerai dan perhentian bas yang hanya dapat digunakan dalam tempoh empat tahun saja. Beberapa penduduk dan pengusaha bot pelancong yang enggan dikenali mendakwa, benteng pemecah ombak dibina dalam jarak antara lima hingga tujuh kilometer dari pantai.

"Kami sudah menyuarakan isu ini kepada syarikat yang diberi tanggungjawab membina benteng pemecah ombak sekitar tahun 1994, tetapi mereka menolak kebimbangan kami, malah sebaliknya mendakwa pembinaan berkenaan apabila siap mampu menyelesaikan masalah muara cetek.

"Kita hanya sempat menggunakan jeti itu untuk menghantar dan mengambil pelancong ke Pulau Redang selama empat tahun saja, selepas itu terpaksa ditinggalkan kerana muara cetek hinggakan terus menjadi pantai sekarang,” katanya.

Seorang penduduk, Sazali Samiun, 68, berkata selepas jeti pelancongan itu digunakan hampir empat tahun, masalah muara cetek yang dihadapi pengusaha bot pelancong tidak berkesudahan menyebabkan pernah suatu ketika lebih 60 pengusaha membuat bantahan.

"Akhirnya, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan peruntukan besar untuk melaksanakan kerja mendalamkan perairan itu. Tetapi selepas dua kali kerja mendalamkan perairan itu tidak berhasil, pengusaha bot tiada pilihan selain berpindah ke jeti sekarang di Muara Sungai Merang," katanya.

Sehubungan itu, Sazali berkata, pihak berkuasa tempatan tidak seharusnya membiarkan saja jeti dan benteng pemecah ombak yang sudah berada di daratan itu itu sebagai tugu di daerah itu, sebaliknya perlu mencari kaedah membangunkannya supaya tidak terus menjadi lokasi kumpulan tidak bertanggungjawab membuat maksiat.

"Lokasi ini sesuai dijadikan kawasan perkhemahan atau riadah keluarga kerana prasarana yang sudah tersedia perlu dimanfaatkan dan tidak dibiarkan saja menjadi gajah putih," katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Cikgu kena pukul dgn murid
Cikgu kena pukul dgn murid
08-08-2010 1,464 Views 0 Replies
Buaya Tembaga Terdampar di PD
Buaya Tembaga Terdampar di PD
08-08-2010 1,118 Views 0 Replies
PR Perak sedia berdebat dengan Zambry
PR Perak sedia berdebat dengan Zambry
08-08-2010 1,316 Views 0 Replies
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
07-01-2014 2,392 Views 1 Replies
Yeayy dah sampai kampung
Yeayy dah sampai kampung
05-14-2011 2,167 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-24-2026, 11:21 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend