Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 18 19 20 21 22 ... 24 Next »

Tuntutan Fasakh Isteri Adnan Abu Hassan 22 November

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Tuntutan Fasakh Isteri Adnan Abu Hassan 22 November
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-31-2010, 02:19 AM (This post was last modified: 10-31-2010, 02:21 AM by Mr.Pingu.)

KUALA LUMPUR: Permohonan isteri komposer terkenal tanah air, Adnan Abu Hassan untuk bercerai secara fasakh ditetapkan untuk sebutan semula di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada 22 November ini. Tarikh itu ditetapkan selepas Adnan, 51, dan Siti Aminah Datu Bachtiyal, 39, menghadiri prosiding yang diadakan secara tertutup selama 20 minit di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi pada Selasa. Pada prosiding itu, Adnan yang dinamakan sebagai defendan diwakili peguam syarie Muhyieddin Murad manakala peguam syarie Ishak Syaaban mewakili Siti Aminah selaku plaintif.

Adnan yang berasal dari Kedah dan merupakan guru vokal bagi rancangan realiti Akademi Fantasia dilihat berada di mahkamah seawal pukul 8.30 pagi disusuli isterinya pada pukul 10 pagi. Mereka kemudiannya masuk ke kamar hakim pada pukul 12 tengah hari dan bergegas meninggalkan mahkamah tanpa mahu ditemubual oleh media.

Peguam-peguam yang mewakili pasangan itu juga enggan memberikan sebarang komen kerana dimaklumkan telah menerima arahan daripada anak guam untuk tidak memberikan sebarang kenyataan. Bagaimanapun, sumber menyatakan pasangan itu hadir untuk prosiding fasakh yang difailkan Siti Aminah mengikut Seksyen 52, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984. Pasangan itu difahamkan berkahwin pada 1994 dan dikurniakan tiga orang anak.

Adnan merupakan salah seorang komposer terkenal dan antara artis yang pernah berkerjasama dengannya termasuklah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Misha Omar, Fauziah Latiff dan Nora.

PINGU: artis ke komposer ke.. hobi kawen cerai berai.. apa nk jd nih
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Fenomena Faizal Tahir - Rakaman Aidilfitri
Fenomena Faizal Tahir - Rakaman Aidilfitri
08-13-2010 2,586 Views 0 Replies
Halim Othman tetap sendiri
Halim Othman tetap sendiri
11-03-2010 1,937 Views 0 Replies
Jadi terkenal selepas marah perogol
Jadi terkenal selepas marah perogol
08-18-2010 1,293 Views 0 Replies
malas sangat3..
malas sangat3..
05-07-2011 16,017 Views 29 Replies
Hello !
Hello !
10-23-2012 2,064 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread:
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 10:49 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend