Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 ... 4 5 6 7 8 Next »

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25 Mengikut Giliran

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25 Mengikut Giliran
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-06-2010, 02:00 AM


Pada jam 3 petang tadi (Selasa, 2 November 2010), Budiey sempat menghadiri Sidang Media Pengumuman Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik AJL25 dan sesi cabutan undi yang dianjurkan oleh TV3 di Manhattan 1, Level 14, Berjaya Time Square & Convention Centre, Jalan Imbi, Kuala Lumpur. 30 buah lagu daripada pelbagai genre akan bertandingan dalam 3 pusingan separuh akhir mulai 8 November 2010, setiap hari Isnin jam 10 malam. Setiap malam, akan ada tema yang tersendiri iaitu Tema 80an, Tema 90an dan Tema Millennium.

Dihadiri oleh penyanyi dan artis serta komposer terlibat, sidang media ini juga menarik minat media untuk mengetahui senarai artis dan lagu yang akan bertanding dan bakal terpilih untuk ke Anugerah Juara Lagu 25. Setelah meneliti senarai 30 buah lagu yang terpilih, Budiey dapat merasakan saingan di separuh akhir tahun ini akan lebih kerana semua lagu akan bertanding sesama sendiri. Ini menandakan tahun ini juga tiada kategori samada balada, pop rock atau irama etnik yang dipertandingkan.

Lebih kurang 80 buah lagu pencalonan telah diterima oleh pihak TV3 namun tidak semua yang terpilih kerana kali ini lagu yang dipilih berdasarkan mesra di telinga dan mesra pada pendengar. Ini bermakna, lagu dipilih berdasarkan populariti dan dipasang di radio. Undian secara online juga dibuat untuk menentukan lagu manakah yang paling digemari oleh peminat.

Sebanyak 30 buah lagu daripada pelbagai genre bakal dipertandingkan menerusi tiga pusingan yang berlangsung pada hari Isnin jam 10.00 malam bermula 8 November 2010. Antara finalis yang hadir di sidang media petang tadi ialah Aizat; Yuna, Faizal Tahir, Adibah Noor, Lan & The Typewriter, Adira AF8, Shahir AF8 dan ramai lagi.

Separuh Akhir Muzik Muzik 25 diterbitkan oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Jibam) dari Primeworks Studios dan masih mengekalkan pengacara yang serasi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail. Menurut penerbitnya, Jibam atau Ahmad Shaifullizam Arshad pemilihan kali ini dibuat 100 peratus undian pendengar dan turut mengambil kira kajian dari carta lagu dan kekerapan ia disiarkan melalui enam radio popular tempatan.

“Pemilihan 30 buah lagu ini adalah melalui undian daripada pendengar dari lama web Muzik Muzik dan kita juga mengambil kira melalui carta lagu dari enam buah stesen radio popular selain mengenal pasti kekerapan ia diputarkan. Ini kerana kita mahu lagu yang dipertandingkan kali ini ialah lagu yangmesra telinga dan sudah diketahui umum.”

Saringan ini juga akan diadili oleh lima juri yang bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air. Sebanyak 12 buah lagu yang layak akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional dan ini akan diumumkan sejurus tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik Bahagian 3. Siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Senarai 30 lagu yang terpilih ke Separuh Akhir Muzik-Muzik sebelum melangkah ke Anugerah Juara Lagu 25.

8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an :

Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 90 :

Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium :

Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
Pelita – A.P.I / Loque / Loque
Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Koleksi Lirik Lagu Tomok (New Boyz - OIAM)
Koleksi Lirik Lagu Tomok (New Boyz - OIAM)
02-11-2011 7,552 Views 1 Replies
ERRY PUTRA: Koleksi Lirik Lagu, Video Muzik Youtube, Profile
ERRY PUTRA: Koleksi Lirik Lagu, Video Muzik Youtube, Profile
05-07-2011 21,445 Views 13 Replies
12 Lagu layak ke Final Muzik Muzik ke 26 2011
12 Lagu layak ke Final Muzik Muzik ke 26 2011
12-02-2011 3,749 Views 0 Replies
hye, salam perkenalan
hye, salam perkenalan
08-14-2012 3,325 Views 1 Replies
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
10-21-2012 5,117 Views 7 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
11-06-2010, 02:01 AM


Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Senarai Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik muzik AJL 28 2013 Mr.Pingu 0 2,644 11-05-2013, 02:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Pencalonan Anugerah Industri Muzik AIM 20 2013 Mr.Pingu 0 2,114 11-05-2013, 01:32 AM
Last Post: Mr.Pingu
  keputusan penuh Muzik-muzik 2012 Final (AJL 27) Mr.Pingu 1 4,501 01-07-2013, 12:25 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai lagu layak ke Final AJL Muzik muzik 2012 Mr.Pingu 0 6,990 11-25-2012, 11:21 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Lagu Separuh AJL 27 Muzik Muzik Mr.Pingu 0 2,945 11-18-2012, 06:55 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Calon Anugerah Industri Muzik 19 2012 Mr.Pingu 0 2,659 11-16-2012, 05:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ulasan Separuh Akhir ketiga Muzik Muzik 2011 Mr.Pingu 0 2,640 12-02-2011, 11:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  12 Lagu layak ke Final Muzik Muzik ke 26 2011 Mr.Pingu 0 3,749 12-02-2011, 10:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ulasan Muzik muzik Separuh Akhir 2011 Minggu Pertama Mr.Pingu 0 2,429 11-26-2011, 12:09 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Separuh Akhir Muzik Muzik 2011: Jac bakal mengalunkan sedetik lebih? Mr.Pingu 0 2,487 11-23-2011, 08:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  [Ramalan] Senarai calon Separuh Akhir Muzik-muzik 26 (2011) Mr.Pingu 3 6,560 10-28-2011, 02:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  AIM 2011: Senarai Penuh calon akhir Mr.Pingu 0 2,864 10-11-2011, 05:14 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sepintas Separuh Akhir Muzik-Muzik Saringan pertama Mr.Pingu 0 2,252 11-11-2010, 04:11 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 3 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-04-2026, 10:41 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend