Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 31 32 33 34 35 ... 40 Next »

Isu tanah antara faktor PAS terjejas di Galas

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Isu tanah antara faktor PAS terjejas di Galas
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-06-2010, 02:39 AM
Hafiz Irwan (harakah Daily)

GUA MUSANG, 5 Nov: PAS melihat masalah tanah antara faktor utama menyebabkan parti itu gagal mempertahankan Dun Galas pada pilihan raya kecil semalam. Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, masalah tanah masih menjadi rungutan sebahagian rakyat dan mereka juga terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak lawan.

“Usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah tidak difahami mereka. Sedangkan usaha ke arah menyelesaikan hak milik sedang dilakukan dan tentunya mengambil masa untuk diselesaikan.

“Keadaan menjadi tambah keliru kerana ada pihak membangkitkan pelbagai isu mengenai tanah biar pun penjelasannya mengenainya sudah diberi kerajaan negeri,” katanya di sini, malam tadi.

Selain itu juga faktor beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela yang berkampung di penempatan Orang Asal sejak 15 Oktober lalu menyebabkan pergerakan penduduk tempatan terbatas. Malah katanya, agensi kerajaan pusat terbabit mengawal ketat pergerakan pihak lain yang memasuki penempatan berkenaan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini memberitahu ketika kerajaan negeri menganjurkan program penyampaian surat peserta penempatan berkelompok kepada penduduk Orang Asal, agensi kerajaan terbabit membawa keluar sebahagian penduduk mengelakkan mereka hadir ke program terbabit.

Abdul Halim yang juga anggota parlimen Pengkalan Chepa berkata, kemerosotan juga berlaku terhadap pengundi Cina terutamanya di saluran pengundi muda. Bagaimanapun katanya, pengundi di saluran satu dan dua masih kekal bersama PAS. Manakala pengundi atas pagar pula dilihat lebih cenderung kepada BN sehingga menyebabkan banyak undi PAS terjejas.

“Isu pembangunan Ladang Rakyat juga menjadi isu di kalangan rakyat di mana ramai yang masih keliru,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Salleh Gregor Samsa - Penghina agama Islam
Salleh Gregor Samsa - Penghina agama Islam
08-19-2010 1,281 Views 0 Replies
Aerotrain kat KLIA dihentikan start 1 nov!!
Aerotrain kat KLIA dihentikan start 1 nov!!
08-08-2010 1,279 Views 0 Replies
JPJ akan umumkan`Sakaratul Maut' di Jalanraya!
JPJ akan umumkan`Sakaratul Maut' di Jalanraya!
08-04-2010 1,561 Views 0 Replies
Enaknya Coklat nyum nyum
Enaknya Coklat nyum nyum
01-09-2011 4,466 Views 7 Replies
Kisah monyet yang menyayat hati
Kisah monyet yang menyayat hati
08-08-2010 1,776 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 07:33 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend