Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 18 19 20 21 22 ... 24 Next »

Nabil Atau Awie Jadi Hos Anda Hanya Ada 60 Saat?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Nabil Atau Awie Jadi Hos Anda Hanya Ada 60 Saat?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-09-2010, 01:10 AM


4 NOV 2010: Setiap tahun, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah yang yang bakal menjadi pengacara bagi program realiti TV Akademi Fantasia (AF). Malah, publisiti yang diberikan terhadap bakal pengendali hos AF ini memang cukup hebat sekali. Apa sekalipun, sejak-sejak ni, Murai Batu lihat, resam yang berlaku terhadap AF turut terjadi kepada mana-mana program TV yang baru walaupun impaknya tidaklah sebesar atau segempak AF.

Yang penting, selepas berakhirnya sidang media program ala-ala Jangan Lupa Lirik (JLL) iaitu Anda Hanya Ada 60 Saat diadakan pada bulan Oktober lepas, Murai Batu dengar bahawa pihak produksi program ini tengah pening sampai sakit kepana sebab nak cari hos program berkenaan. Yelah, katanya program ini sangat hebat dan memang memerlukan seorang pengacara yang versatile. Kalau boleh, mereka nak yang setaraf dengan dengan Aznil Hj Nawawi.

Pada mulanya, Murai Batu ingatkan pengacara yang cukup gah dengan program Wayang Kita iaitu Zainal Alam Kadir yang kini memang tengah aktif dengan kempen Gempak Selebriti Astro akan jadi hos program berkenaan. Sebab, secara kebetulan, dia pun ada kat dalam majlis sidang media itu.

Namun, ramalan Murai Batu salah dan rupa-rupanya nama Alam langsung tidak tersenarai untuk menjadi pengemudi utama program tersebut. Cari punya cari, Murai Batu dapat tahu pelakon yang semakin digilai ramai iaitu Shaheizy Sam adalah antara nama yang teratas yang jadi pilihan mereka. Namun, Sam dikatakan telah menolak mentah-mentah tawaran berkenaan sebab mahu fokus dengan lakonan saja. Bagus juga Sam ni kan. Dia tak tamak dan tidak seperti artis tertentu yang suka sapu kerja pengacaraan padahal dia tak sesuai jadi pengacara. Jangan terasa ye.

Disebabkan Sam tidak mahu jadi hos program ini, Murai Batu diberitahu ada 3 lagi nama yang sudah pun menunjukkan minat untuk jadi hos program yang menawarkan hadiah sebanyak RM500, 000 sebagai hadiah utama.

Menurut sumber Murai Batu, Nabil, Awie dan Azrul Raja Lawak adalah antara nama yang mempunyai peratus besar untuk jadi hos rancangan yang banyak menguji minda dan keupayaan peserta dengan bermain permainan rakyat.

Apa sekalipun, Murai Batu difahamkan, Nabil dan Awie adalah calon-calon yang paling diminati pihak produksi. Sebabnya, mereka mempunyai karektor seperti hos program Minute To Win It (Program asal yang dipinjam konsepnya).

Dalam pada itu, Murai Batu ada mendengar cerita, Azrul tidak dapat menjadi hos program ini kerana cara pengacaraan dia dilihat lebih berbentuk formal. Tiba-tiba Murai Batu terfikir, rockers Awie tu kelakar sangat ke?

Tapi, kalau berdasarkan lakonannya dalam Apa Kata Hati, Zombie Kampung Pisang, Baik Punya Cilok, Buli Balik, Cuci dan Kapoww, Awie memang kelakar. Itu belum lagi dicampur dengan pementasan Cuci The Musical yang dijayakannya bersama Hans Isaac, Nabil dan Afdlin Shauki.

Apa kes pun, kita tunggulah jawapan muktamad yang akan diumumkan pada sidang media Anda Hanya Ada 60 minit yang akan diadakan pada 24 November ini. Adakah Nabil atau Awie? Hanya tuan produser saja yang tahu. Yang penting, Murai Batu nak ucapkan tahniah pada Nabil yang sudah pun ada single sendiri yang berjudul Lu Pikirlah Sendiri.

Murai Batu dimaklumkan, untuk lagu ini, Nabil telah menjemput Ajai untuk bertindak penyanyi undangan dan liriknya pula telah ditulis sepenuhnya oleh Nabil sendiri.

MURAI BATU: Ada peserta realiti program berangan nak ganti Aznil Hj Nawawi.

sumber: http://www.murai.com.my/article/default....93&c=2&s=3
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Fenomena Azan: Berkumandang 24 jam sehari seluruh dunia tanpa henti
Fenomena Azan: Berkumandang 24 jam sehari seluruh dunia tanpa henti
08-19-2010 2,248 Views 0 Replies
Fasha sanda Cantik berpurdah
Fasha sanda Cantik berpurdah
09-05-2010 2,141 Views 0 Replies
Awie Bengang Tumbuk Kerusi Sampai Pecah!
Awie Bengang Tumbuk Kerusi Sampai Pecah!
08-06-2010 1,980 Views 0 Replies
Wonderful:Criminal minds
Wonderful:Criminal minds
05-28-2011 1,291 Views 0 Replies
Helo semua
Helo semua
10-21-2012 1,475 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 06:33 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend