2010/11/10
Sasar benam Fulham untuk kembali ke landasan kemenangan

LONDON: Musim Liga Perdana Inggeris (EPL) yang pada awalnya tampak Chelsea akan mudah mempertahan kejuaraannya bersambung pertengahan minggu ini dengan pasukan di tangga teratas dan bawah masih mempunyai banyak cabaran.
Kekalahan 2-0 Chelsea kepada Liverpool sekali lagi merombak mata kedudukan di takhta pendahulu dengan The Blues kini sekadar dua mata di atas Manchester United - pasukan tunggal yang belum tewas setakat ini. Hanya lima mata memisahkan Manchester City, di tangga keempat liga, daripada Chelsea, manakala Liverpool mungkin di tangga kesembilan, tetapi 15 mata yang dipungut meletakkan mereka hanya lima mata di atas zon penyingkiran.
Chelsea kini bertekad untuk kembali ke landasan kemenangan ketika pertemuan derby di barat London bertemu Fulham, hari ini (awal pagi esok) dengan kapten Blues, John Terry menegaskan ada perkara positif yang boleh diambil ketika pasukannya tewas kepada Liverpool.
“Saya tidak pernah fikir kami mengambil sesuatu dengan tidak serius di dalam kelab ini namun ia mungkin pengajaran yang kami perlukan,” kata pertahanan England itu.
“Kami masih boleh meningkat dan kami masih berada di puncak liga. Jadi kami perlu bersemangat mengenainya namun kami tidak boleh lupa siapa yang membawa kami ke tahap ini,” katanya.
Arsenal pula tampak perlu bangkit daripada kekalahan 1-0 kepada Newcastle, minggu lalu, menentang Wolves yang masih merintih sesudah melepaskan gol kemenangan lewat permainan kepada Manchester United dijaringkan Park Ji-Sung. - AFP