Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SuKaN v
« Previous 1 2 3 4 5 Next »

Tiga atlit Sarawak dapat habuan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Tiga atlit Sarawak dapat habuan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-10-2010, 08:06 PM
Oleh Mohd Roji Kawi
bhsukan@bharian.com.my
2010/11/10
Pandelela, Bibiana, Bryan terima insentif kemenangan RM115,000

TIGA atlit Sarawak, Pandelela Rinong, Bibiana Ng dan dan Bryan Nickson Lomas, yang berjaya menyumbang pingat kepada kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel, New Delhi, India, baru-baru ini, menerima ganjaran daripada kerajaan Negeri Sarawak. Insentif kemenangan berjumlah RM115,000 itu diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Datuk Seri William Mawan Ikom, pada ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam. Pandelela, yang memenangi satu pingat emas menerusi acara terjun individu dan satu pingat perak acara terjun berpasukan, menerima ganjaran berjumlah RM50,000.

Jumlah yang sama diterima Bibiana Ng, yang memperoleh satu emas individu dan satu perak bagi acara menembak berpasukan, manakala Bryan Nickson, pula menerima ganjaran RM15,000 hasil kejayaannya meraih dua pingat gangsa menerusi acara terjun. Mawan berkata kerajaan negeri menyediakan insentif sebanyak RM40,000 bagi atlit yang berjaya beroleh pingat emas pada Sukan Komanwel; RM20,000 untuk pingat perak dan RM10,000 untuk pingat gangsa.

"Jumlah insentif sama ditawarkan kepada atlit kelahiran Sarawak yang berjaya mendapat pingat pada Sukan Asia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Kejayaan tiga atlit itu pada Sukan Komanwel cukup membanggakan kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sarawak. Insentif kemenangan itu juga adalah sebahagian daripada ganjaran sempena sambutan hari jadi Yang Dipertua Negeri," katanya. Wink
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Projek Pistol seakan tidak Percaya dapat markah tertinggi saringan AJL 26
Projek Pistol seakan tidak Percaya dapat markah tertinggi saringan AJL 26
12-02-2011 1,317 Views 0 Replies
Sabah & Sarawak: Denda 10 kali ganda
Sabah & Sarawak: Denda 10 kali ganda
08-08-2010 2,017 Views 0 Replies
Atlit Olahraga Malaysia positive Doping?
Atlit Olahraga Malaysia positive Doping?
01-10-2012 2,119 Views 0 Replies
Kisah selipar di Masjid
Kisah selipar di Masjid
06-29-2012 1,653 Views 0 Replies
Salam Dari Mr.PiNGU
Salam Dari Mr.PiNGU
08-04-2010 3,806 Views 5 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 01:05 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend