11-10-2010, 08:09 PM
Daripada Zairee Zahir dan Hussain Said di Guangzhou
bhsukan@bharian.com.my
2010/11/10

AZIZULHASNI memberi isyarat bagus membawa maksud sudah bersedia menyahut cabaran di Guangzhou sebaik tiba di Lapangan Terbang Baiyun, semalam.
Azizul mahu tebus kecewa selepas gagal di New Delhi
"SAYA mahu menghadiahkan Malaysia dengan pingat emas kali ini." Itu tekad jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang sebaik menjejak kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou dari Melbourne, Australia pagi semalam. Tekad dan semangat waja pelumba kelahiran Terengganu yang terkenal dengan jolokan 'the rocket pocketman' di kalangan jaguh basikal dunia itu bagaimanapun tidak sukar ditafsirkan selepas kecewa di Sukan Komanwel New Delhi 2010 bulan lalu apabila kemenangannya dalam acara keirin dibatalkan. Kemenangannya dibatalkan kerana didakwa memotong secara berbahaya tetapi mujur emas masih menjadi milik negara apabila rakan sepasukan Josiah Ng yang menduduki tempat kedua secara automatik disahkan sebagai pemenang perlumbaan itu.
"Saya sudah melupakan kekecewaan itu. Tumpuan saya adalah membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir emas tidak kira apa acara di sini (Sukan Asia Guangzhou 2010)," katanya yang tiba bersama rakan sepasukan serta jurulatih John Beasley selepas menempuh perjalanan kira-kira 10 jam dari Melbourne.
Dia yang baru dipilih penerima biasiswa Perpaduan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk persiapan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 London menjadi pelumba harapan untuk menamatkan kemarau emas 30 tahun selepas kali pertama dan terakhir dimenangi Daud Kassim dan Ng Joo Ngan di Bangkok '70.
"Pelumba Jepun dan China adalah antara pesaing yang perlu diberi perhatian, tetapi saya tidak tahu sejauh mana keupayaan sebenar pelumba tuan rumah kerana mereka jarang bertanding. Namun, saya sudah bersedia menghadapi sebarang halangan yang menanti," katanya.