Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › GaYa v
« Previous 1 2 3 4

Keindahan kristal

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Keindahan kristal
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-10-2010, 08:55 PM
Oleh Hidayah Mohammad
hidayah@bharian.com.my
2010/11/10



BATU permata atau berlian tidak dapat dinafikan keindahannya apabila kilauannya menghiasi tubuh, terutama aksesori penghias diri. Namun, batu berharga itu mungkin tidak sesuai dijadikan penyeri kepada busana pakaian, kasut mahu pun tas tangan berikutan harga mahal tambahan pula penjagaan yang rumit apatah lagi berisiko tinggi. Sebagai gantian untuk menambah seri, batu kristal dibentuk seakan kilauan berlian dan batu permata yang lain. Fungsinya tetap sama, menonjolkan penampilan seseorang.

Banyak koleksi pakaian masa kini terutama untuk perayaan, gaun petang mahu pun baju eksklusif diselitkan dengan batu kristal pelbagai warna dan bentuk mengikut rekaan. Namun, selain koleksi pakaian, barang perhiasan rumah seperti pinggan mangkuk, bingkai gambar, sarung bantal dan apa saja juga boleh diselitkan elemen batu kristal sebagai perhiasan yang lebih menyerlah.

Menyedari permintaan semakin tinggi selari dengan rentak fesyen semasa, jenama pengeluar batu kristal terkenal, Swarovski Elements bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan menghasilkan koleksi Jawaher. Koleksi Jawaher adalah usaha kreatif antara penghasil batu kristal mewah itu dengan pereka fesyen tempatan untuk dipertontonkan pada Festival Fesyen Islamik - Islamis Fashion Festival (IFF) yang akan bermula 7 hingga 12 November ini, di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Pengurus Perniagaan Rantau Asia Selatan Swarovski Elements, Anna Hoetzeneder, berkata batu kristal terbaru Jawaher adalah koleksi ekspresi yang menyilaukan sebagai perhiasan diri sekali gus menyerlah gaya seseorang. Busana pakaian sering nampak eksklusif apabila rekaan diperindahkan lagi dengan jahitan atau tampalan batu kristal.

“Kerjasama pereka fesyen dan Swarovski Elements dalam IFF adalah bagi memberi kesedaran bahawa batu kristal juga membantu menyerlahkan penampilan mereka yang bergaya muslimah. Swarovski Elements adalah hak istimewa untuk menyerlahkan koleksi busana muslimah dek keindahan batu kristal.

“Koleksi Jawaher menempatkan kilauan ke dalam busana tradisional menerusi penggunaan kristal rumit bagi menyerlahkan sinaran busana dan aksesori yang mempesonakan,” katanya ketika ditemui di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pereka fesyen yang terbabit ialah Jovian Mendagie, Syaiful Baharim dan Tangoo, Melinda Looi Couture dari Malaysia sementara Biyan, Sebastian Gunawan dan Aveda pula dari Indonesia. Mereka akan menghasilkan koleksi busana muslimah menggunakan keindahan elemen batu Swarovski Elements. Busana yang diberi keutamaan ialah abaya, jalabiya, barang kemas dan juga aksesori tambahan.

“Sempena IFF, pertama kali Swarovski Elements bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal. Jovian sinonim di kalangan selebriti serta golongan elit di Kuala Lumpur. Syaiful Baharim pula mempunyai aura dan sifat tersendiri dalam mengetengahkan koleksi sementara Tangoo yang dibawa oleh dua pereka fesyen Eric Yeong dan Moses Law mempunyai idea eksklusif tersendiri.

“Sempena majlis pertunjukan IFF nanti, kita juga tampilkan seorang lagi pereka fesyen terkemuka, Melinda Looi yang terkenal dengan tradisi gothic, vintage serta gaya merentasi sempadan. Koleksi pakaian beliau juga terkenal di peringkat antarabangsa selain busana muslimah nanti juga memberi seribu keunikan dan kelainan dengan tambahan batu kristal dari Swarovski,” katanya.

Koleksi Jawaher terdiri dari pelbagai bentuk unik dan menarik serta rona warna yang penuh dengan glamour. Batu kristal Swarovski Elements bukan saja dihasilkan untuk busana pakaian semata-mata sebaliknya menghasilkan lebih 70 jenis warna dan lebih 100 jenis serta bentuk berbeza. Swarovski Elements juga menghasilkan rekaan yang ditempah untuk diserikan pada bahagian perhiasan aksesori rumah seperti sarung bantal, alas meja, bingkai gambar, gelas, pinggan dan sebagainya dari jenama-jenama terkemuka.

INFO: Panduan mengenal pasti batu kristal asli dan palsu

Batu kristal asli:
# Memantulkan cahaya, Memiliki warna terang
# Berkilau selepas digilap
# Tahan lebih lama
# Potongan unik seakan berlian
# Lebih menyerlah

Tidak asli:
# Tidak berkilau walaupun digilap
# Tidak memantulkan warna terang apabila terkena pancaran cahaya
# Tidak tahan lama
# Mudah tercabut
# Dihasilkan daripada material seperti plastik
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Mesin jahit murah
Mesin jahit murah
06-13-2019 11,847 Views 40 Replies
Ciri-ciri lelaki gay / homoseksual
Ciri-ciri lelaki gay / homoseksual
09-15-2012 4,065 Views 0 Replies
Fakta Kulit
Fakta Kulit
08-13-2010 2,899 Views 1 Replies
malas sangat3..
malas sangat3..
05-07-2011 15,528 Views 29 Replies
salam
salam
12-10-2018 1,527 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 12:31 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend