11-10-2010, 08:58 PM
Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my
2010/11/10

Aura Moghul serlah pentas busana Muslimah
FESTIVAL Fesyen Islamik (Islamic Fashion Festival - IFF) kali ini dengan tema 'Moghul Splendour' ternyata membuka mata banyak pihak mengenai visi memperluaskan pemakaian busana Muslimah mengikut terjemahan sejagat.Pengerusi dan pengasas IFF, Datuk Raja Rezza Shah, berkata IFF adalah medan mempertemukan seluruh penggiat fesyen yang mempunyai semangat tinggi untuk melihat industri fesyen khususnya busana Muslimah berada setaraf dengan cabang fesyen lain.
“IFF yang berlangsung sehingga 12 November ini menampilkan himpunan rekaan 45 pereka fesyen dari pelbagai latar belakang budaya, bangsa dan agama dari Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Pakistan serta Itali.
“Festival kali ini meraikan yang terbaik dalam fesyen busana Muslim kerana ia mempertemukan pereka fesyen dari pelbagai latar belakang budaya, mempersembahkan busana Muslim dengan pengaruh India yang bermula seawal dinasti Moghul yang bergaya, mengikut trend dan sofistikated,” katanya pada majlis pelancaran di ibu kota, baru-baru ini.
Katanya, Moghul Splendour dipilih kerana ia membayangkan satu era pemerintahan, yang mana pemakaiannya sangat bergaya selain mengikut cita rasa semasa walaupun ia berlaku pada zaman masyarakat mungkin tidak begitu peka mengenai fesyen.
“Masyarakat India berekspresi menerusi pakaian. Kesempurnaan dalam pencarian kerohanian memainkan peranan penting dalam pemilihan pakaian dengan warna yang menawan, dramatik dan beralun.
“Gaya mereka seolah berbicara dengan semangat menerusi warna galak yang dijalin indah dalam rekaan yang halus dan penuh seni yang bernafas di seluruh India. Pasti menarik untuk melihat bagaimana elemen sebegini dijalin dalam rekaan busana Muslim di IFF XI,” katanya.
Antara pereka fesyen tempatan dan luar negara yang terbabit adalah Datuk Tom Abang Saufi, Radzuan Radziwill, Melinda Looi, Amir Luqman, Khoon Hooi, Calvin Thoo, Hajaba, Leslie Varientes, Albert King, Michael Ong, Shaiful Baharim dan Jovian Mandagie manakala pereka Indonesia, termasuk Ghea Panggabean, Itang yunasz, Deden Siswanto dan Malik Mutaram. Pereka dari India termasuk Archana Kochhar, Nickie & Nina, Rajesh & Anirban selain Atiya Khan dari Pakistan.
“Sudah menjadi misi kami untuk menjadikan fesyen sebagai landasan mempertemukan pereka dan penggemar fesyen dari pelbagai latar budaya, agama dan bangsa. Lagipun, kami ingin menjadikan cara ini sebagai medan bagi masyarakat Muslim memahami dan menerima pemakaian Muslim dengan pelbagai pilihan.
“Ia juga sebagai cara untuk memberi pilihan kepada masyarakat bukan Islam untuk lebih memahami betapa busana Muslim juga boleh menjadi terkini dan bergaya,” katanya.
Selain Kuala Lumpur, kini IFF sudah menganjurkan pertunjukan di Indonesia, Abu Dhabi, Dubai, New York dan Monaco, menampilkan rekaan 200 pereka dari pelbagai latar belakang budaya, agama, bangsa dan negara.