Oleh Jami'ah Shukri
jamia@bharian.com.my
2010/11/11
Keluarga dan anak sering dijadikan alasan

PELUANG dan pasaran pekerjaan untuk wanita di Malaysia begitu banyak, namun pembabitan mereka masih rendah iaitu hanya 46 peratus berbanding lebih 60 peratus di negara maju. Jika dilihat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), pelajar perempuan mendominasi pusat itu berbanding lelaki dengan nisbah 70:30. Namun, angka itu tidak diterjemahkan dalam dunia pekerjaan. Jumlah wanita yang memasuki pasaran pekerjaan sebaik menamatkan pengajian dilihat tidak seimbang dengan lelaki, iaitu cuma mencatat 46 peratus. Pengurangan kira-kira 24 peratus itu dianggap pembaziran kepada negara sedangkan kemahiran mereka amat diperlukan negara, selain boleh mengelak kebergantungan kepada pekerja asing untuk sektor tertentu.
Wanita kurang berminat kerja, terlalu memilih kerja dan berkahwin awal serta mahu menumpukan perhatian sepenuhnya pada keluarga sering dijadikan alasan bagi menjelaskan kurangnya tenaga kerja wanita.
Anggapan begini harus diteliti dan ditangani sewajarnya. Tambah pula, Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mengandungi 131 projek permulaan (EPP), menetapkan sasaran menghasilkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) dengan tambahan RM426 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ia hanya akan menjadi realiti jika semua sumber tenaga yang ada, termasuk wanita digembleng secara menyeluruh.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Shamsudin Bardan mengakui pengetahuan dan kemahiran wanita tidak seharusnya dibazirkan begitu saja terutama mereka yang berpendidikan tinggi. Malah, pekerja wanita yang kurang berkemahiran juga dapat dimanfaatkan sumbangan mereka dengan memberikan latihan kemahiran mengikut bidang tertentu bagi mengisi pasaran pekerjaan.
“Sekarang di negara ini belum ada dasar untuk menggalakkan wanita yang sudah berhenti bekerja memasuki semula pasaran pekerjaan. Kerajaan Jepun, misalnya, ada dasar menggalakkan wanita bekerja semula dengan melatih dan memberi insentif khas.
“Tidak saja di Jepun, di mana-mana saja negara di dunia termasuk Malaysia, ramai wanita yang berhenti bekerja untuk menjaga anak dan menumpukan perhatian kepada keluarga. Tetapi selepas anak besar dan boleh berdikari, ada wanita yang ingin bekerja semula. Di Malaysia mereka tidak dapat peluang untuk bekerja semula kerana tidak ada dasar yang membolehkan perkara itu berlaku,” katanya.
Dalam hal ini, MEFF, jelasnya sudah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan mengenai penyediaan dasar untuk membenarkan wanita memasuki pasaran pekerjaan selepas berhenti kerja. Pelancaran ETP dianggap tepat pada masa dalam usaha meningkatkan lagi pembabitan wanita dalam pasaran pekerjaan, selain menggalakkan wanita yang sudah berhenti bekerja semula.
Beliau berkata, walaupun kebanyakan peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam EPP itu lebih menjurus kepada sektor pembuatan berbanding perkhidmatan, ia tetap membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dalam tempoh jangka panjang.
“Saya lihat, sembilan projek EPP ditandatangani membabitkan pelbagai sektor dengan kebanyakan projek awal itu membabitkan sektor pembuatan, antaranya pembinaan hotel, taman rekreasi, pusat beli-belah besar dan membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Semua projek itu sudah pasti tidak menggunakan tenaga kerja wanita. Bagaimanapun, sebaik saja semua projek itu selesai ia dan memulakan operasinya, sudah pasti peluang wanita untuk bekerja di tempat berkenaan terbuka luas.
“Oleh itu, institusi kewangan, perbankan dan perhotelan itu perlu bersiap sedia dengan memberi latihan kepada wanita untuk mengisi kekosongan jawatan dalam bidang itu sebaik saja ia mula beroperasi,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, penyelesaian secara menyeluruh terhadap penstrukturan semula pasaran kerja wanita juga seharusnya dilaksanakan kerajaan untuk memastikan tidak ada masalah timbul sehingga menjejaskan kebajikan dan kesejahteraan rumah tangga.
“Perkara utama membelenggu wanita bekerja ialah masalah mengurus anak. Alternatif wanita mengambil pembantu rumah warga asing. Malangnya banyak sangat hal timbul membabitkan pekerja asing seperti lari dari rumah atau masalah sosial lain. Hantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak pula ada juga masalah lain dan kos yang tinggi,” katanya.
Bagi mengatasi masalah itu, beliau menggesa majikan membina pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk memudahkan pekerja wanita mengurus waktu dengan lebih berkualiti. Selain itu, Shamsuddin juga mencadangkan kerajaan memberikan insentif dan dana khusus kepada graduan yang menamatkan pengajian untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan penjagaan kanak-kanak dengan pengurusan yang lebih profesional.
“Bayaran untuk pusat jagaan kanak-kanak juga tidak perlu terlalu mahal untuk menggalakkan ramai wanita yang mempunyai lebih seorang anak menghantarnya ke pusat berkenaan. Ada juga wanita yang mengambil keputusan berhenti kerja kerana tidak tahan menanggung kos tinggi membayar kos anak di pusat jagaan. Masalah tidak akan selesai jika pendekatan secara menyeluruh dilakukan kerajaan untuk menangani isu terbabit,” katanya.