Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 ... 4 5 6 7 8 Next »

Spider: Projek Album bukan tangkap Muat

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Spider: Projek Album bukan tangkap Muat
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-11-2010, 04:33 PM (This post was last modified: 11-11-2010, 04:35 PM by Mr.Pingu.)
Spider tidak tangkap muat
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2010/11/11



Kumpulan Spider.

SETIAP band tempatan memasang strategi tersendiri untuk dikenali, baik penampilannya, bakat mahupun keunikannya. Namun kesemua berlandaskan pada satu matlamat iaitu untuk menghasilkan karya yang baik dan disayangi peminat.

Jika diperhatikan, kumpulan yang pernah meraih pelbagai anugerah di majlis penganugerahan muzik termasuk Artis Kumpulan Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002, Spider, produk albumnya tidak pernah mengecewakan. Namun sejak tiga tahun kebelakangan ini, Spider seakan lenyap di dalam industri. Ramai yang beranggapan Spider sudah berkubur sejak vokalisnya, Tam mendirikan rumah tangga. Sebenarnya Spider akan mengambil masa dua hingga tiga tahun sekali untuk menerbitkan album mereka. Bukan kerana mereka ketandusan idea disebabkan rata album yang dihasilkan adalah karya sendiri tetapi kerana kualiti yang diutamakan.

Bermula album pertama lagi berjudul Ngam Ho pada tahun 1999. Disusuli album kedua berjudul Aladin (2002), Nazarku (2004), Bintang 12 (2007) dan Kitasatu (2010).

Selaku vokalis, Tam atau Rustam Mustafah berkata, sebagai orang seni yang sentiasa berkarya, kepuasan bukan selepas menerima pengiktirafan tetapi sambutan peminat.

“Mungkin itu secara kebetulan, namun sebetulnya kami menghasilkan album bukan untuk tangkap muat saja, sasaran kami bukan untuk menghasilkan lagu yang terbaik tetapi kami menghasilkan album yang terbaik dan sebab itu kami mengambil masa yang agak lama.

“Kami bersyukur disebabkan itu boleh dikatakan kesemua album yang dihasilkan Spider mendapat sambutan yang luar biasa. Album terbaru yang dihasilkan ini sebenarnya bermula sejak setahun yang lalu dan kami bekerja keras untuk menghasilkan yang terbaik seperti hari ini,” katanya yang ditemui pada majlis pradengar album kelima mereka berjudul Kitasatu.

Dalam masa tiga tahun itu juga, kemunculan band indie yang memasuki arus perdana kian mendapat tempat peminat. Barangkali peminat Spider sebelum ini juga turut beralih citarasa memandangkan Spider hilang entah ke mana. Tam yang sememangnya agak pemalu dalam sesi temubual hanya tersenyum dan hanya mampu berserah sekiranya peminatnya beralih arah.

“Sebelum ini kita sudah ada pendengar yang memang mengikuti lebih dari 10 tahun, dalam masa dua hingga tiga tahun ini, banyak perubahan teknologi muzik berlaku termasuk kehadiran kumpulan baru seperti Meet Uncle Hussein, Hujan, Bunkface dan banyak lagi.

“Pada saya sebagai penyanyi, itu lumrah dan memang tak akan ada satu peminat yang boleh kekal dengan satu, sebenarnya kemasukan mereka tidak mengganggu perjalanan karier kami sebab saya yakin, setiap penyanyi ada pengikut masing-masing. Ada yang minat yang baru dan ada yang kekal minat yang lama, itu semua benda yang sangat subjektif untuk kita cakap,” katanya.

Menyentuh mengenai penganugerahan yang sememangnya sangat diperlukan setiap artis tanah air bagi mengukuhkan lagi kariernya, Tam mengakui tugas Spider hanyalah menghasil dan mempersembahkan yang terbaik untuk pendengar.

“Jika kita meletakkan di dalam hati apa yang kita buat ini semata untuk meraih anugerah, saya tidak setuju dengan anggapan itu, seolah kita buat lagu itu istimewa untuk anugerah dan bukan untuk pendengar.

“Tugas kami sebagai pengkarya adalah menghasilkan sesuatu produk yang terbaik, berkualiti dan memenuhi citarasa pendengar dan teknologi. Dari segi memberi publisiti sehingga kami dikenali ramai, itu adalah tugas dari pihak syarikat rakaman dan bahagian komunikasi. Mereka akan memastikan kami mendapat tempat dan publisiti media. Jika nak meletakkan lagu itu untuk dianugerahkan kami hanya serahkan kepada pendengar yang mendengar dan menilainya,” katanya.

Selain Tam dan Ayie sebagai pemain drum, Spider turut dianggotai Mohd Hanafi Hamdan atau Nafi (gitar) dan Bernado Alberto atau Tony Iskandar (basis). Terdahulu, Spider sudah empat album iaitu Ngam Ho pada 1999, Aladin (2002), Nazraku (2004) dan Bintang 12 (2007).

Menerusi album terbaru ini, Spider mengetengahkan lagu seperti Ajaib, Kitasatu, Rasakan Resapkan Bukan Salah Aku dan Tapi Bagaimana. Malah, dua lagu dirakam secara akustik iaitu Kitasatu dan Tapi Bagaimana yang pertama kali dihasilkan Spider. Keseluruhan lagu dihasilkan Tam dan Spider, penghasilan lirik pula mendapat sentuhan daripada komposer berbakat seperti M Nasir, Keon dan Buddhi Hekhayat. Album Kitasatu diterbitkan Spider dan Luncai Emas Sdn Bhd manakala edarannya oleh Universal Music. Album Kita satu berada di pasaran pada 9 November lalu, manakala single akan berkumandang di radio bermula minggu depan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Kelas Vokal: Segalanya mengenai Vibrato
Kelas Vokal: Segalanya mengenai Vibrato
08-15-2011 9,155 Views 5 Replies
Album Penuh Najwa Latif muncul 2012
Album Penuh Najwa Latif muncul 2012
12-18-2011 3,965 Views 0 Replies
Cuma permainanmu menguji keupayaan Vokal hebat Siti Sarah Raissuddin
Cuma permainanmu menguji keupayaan Vokal hebat Siti Sarah Raissuddin
08-06-2010 2,501 Views 0 Replies
business talk
business talk
06-20-2022 4,768 Views 14 Replies
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
07-01-2014 2,368 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 08:08 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend