Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 ... 4 5 6 7 8 Next »

Segalanya tentang World Championship of performing Art 2010 (WCOPA 2010)

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Segalanya tentang World Championship of performing Art 2010 (WCOPA 2010)
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-18-2010, 01:33 AM (This post was last modified: 11-18-2010, 01:34 AM by Mr.Pingu.)
Semua maklumat akan dikumpulkan disini.. ades pingu xupdates pasal benda ni.. mungkin xpasan sebab jarang baca paper.. huhu Sad

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
WCOPA 2010
Oleh SY MUSSADDAD MAHDI
Foto MOHD NAIM AZIZ



IZ tidak menghampakan dengan rangkaian lagu-lagu terbaik pada malam akhir.

RAMAI yang terkejut dan banyak juga yang kurang percaya dengan pemilihan IZ dan Shila yang akan mewakili pasukan negara dalam kategori vokal menerusi pertandingan World Championship Of Performing Arts di Hollywood (WCOPA), Los Angeles, Amerika Syarikat, Julai nanti.

Namun apa yang lebih mengejutkan apabila Shila hanya diletakkan sebagai calon simpanan dan hanya IZ atau nama sebenarnya Khairullah Ezuan Sulaini akan bergandingan bersama dengan Cheryl Koh ke pertandingan itu nanti. IZ bukanlah satu nama asing dalam dunia hiburan tanah air. Bakat nyanyian yang dimilikinya mula menampakkan sinar apabila peserta yang berusia 27 tahun itu menyertai pertandingan realiti One In A Million musim pertama.

Walaupun tidak berjaya menempatkan diri di pentas akhir, IZ tetap membuktikan yang dirinya juga mampu bersaing dengan nama-nama besar yang lain dengan bakat seni yang dimilikinya. Bagi Shila atau nama sebenarnya Norshahila Amir Hamzah, penyertaannya ke dalam pertandingan ini bukanlah semata-mata mahu mengejar populariti sebaliknya dia mahu mengembangkan lagi bakat seninya di samping dapat mengharumkan nama negara. Walaupun hanya menjadi calon simpanan, anak kepada penyanyi 80-an, ND Lala itu cukup bersyukur dengan pemilihan juri memandangkan saingan pada pentas akhir itu cukup sengit terutama di kalangan artis tempatan.

Malah keseluruhan 12 peserta akhir pada malam tersebut menunjukkan kehandalan masing-masing membawakan pelbagai jenis lagu sehingga memaksa juri untuk membuat keputusan sukar. Selain kategori vokal, kategori lain yang turut diadakan termasuklah kategori tarian, muzik, lakonan dan kategori peragaan yang tak kurang hebatnya.

Kali ini pertandingan ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan Allstars Performing Arts (M) Sdn. Bhd. yang memegang hak eksklusif acara ini di Malaysia.

Ini bukan kali pertama pertandingan seumpama ini diadakan malah sudah ramai wakil Malaysia sebelum ini mengharumkan nama negara termasuklah golongan artis mahupun tidak. Antara artis yang telah berjaya ke acara ini termasuklah Bob, Siti Sarah, Raja Farah(Tom), Asmidar, Noryn Aziz, Iqwal, Deja Mos dan Dina dalam bahagian vokal, Puteri Mardiana (pelakon filem Santau), Norish Karman dan Khir Rahman dalam bidang lakonan.

Selain itu turut berjaya ke acara berkenaan mewakili Malaysia ialah Tuku' Kame', Istamuzika, Sam Das, Prakash dan Mohram dalam instrumental, dan peragawan seperti Tengku Azura, Zeia, Dilla, Wilson Tan, dan ramai lagi.

IZ & Shila gementar

MALAM akhir yang diadakan di Istana Budaya, 10 April yang lalu turut mencatatkan sejarah apabila hanya lapan peserta sahaja yang akan dihantar ke Hollywood bagi meneruskan kecemerlangan negara sebelum ini. Walaupun keputusan itu sedikit mengejutkan ramai pihak, tetapi pihak juri yang dibarisi Deja Moss dan Noryn Aziz (vokal); Nik Nizam Jaafar (muzik); Dayang Mariana dan Amy Tan (tarian) dan Rosminah Tahir (lakonan) tetap dengan keputusan mereka. Hanya yang benar-benar layak sahaja akan di hantar ke sana dan peserta yang kurang bersedia tidak akan diberi peluang. Maka tidak hairanlah tiada langsung peserta daripada kategori lakonan dihantar walaupun hanya tiga berjaya ke pertandingan akhir pada malam itu. IZ yang tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu dan teruja dengan pemilihannya, tidak menafikan saingan yang diterimanya cukup sengit memandangkan kebanyakan peserta akhir terdiri di kalangan artis tempatan.

“Saya hanya mencuba yang terbaik dan cukup berharap akan dipilih. Tapi bila mendengarkan kebanyakan peserta lain juga cukup hebat, saya tidak yakin yang saya akan mewakili negara nanti.

“Sejujurnya saya tidak merasakan debaran semasa keputusan diumumkan sebaliknya apabila tamat sahaja pertandingan debaran itu mula datang dan saya masih terkejut dengannya.

“Sama ada ke Hollywood atau tidak itu tidak penting. Apa yang lebih penting saya telah memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan ini dan kini debaran itu bertambah kencang apabila mahu bertanding dengan peserta-peserta di seluruh dunia pula.

“Saya hanya mahu memberikan yang terbaik kepada negara. Itu impian saya. Saya ke sana bukan sekadar membawa nama sendiri semata-mata tetapi tutut membawa misi negara di luar,” katanya kepada Pancaindera.

Shila pula yang masih terkejut dengan pemilihannya sebagai calon simpanan turut teruja dengan kejayaan dirinya bersama dua peserta lain memandangkan ramai lagi yang benar-benar hebat.

“Shila akui persembahan pada malam ini bukan persembahan terbaik yang Shila buat. Shila kurang sihat dan ia sedikit menjejaskan nyanyian Shila.

“Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang Shila harapkan. Ini sudah cukup membuatkan Shila gembira terutama kepada keluarga dan peminat yang tak pernah jemu-jemu menyokong Syila selama ini,” katanya yang popular dengan lagu Memori Tercipta.

Bagi Shila, dia melihat Cheryl Koh sebagai pesaing terdekat memandangkan usianya yang baru mencecah 14 tahun dan berupaya menewaskan kebanyakan peserta senior yang lain.

Sambil menyifatkan peserta genit itu sebagai penyanyi yang hebat, Shila tidak menafikan yang dia cukup kagum dengan suara dan keberanian yang ditunjukkan oleh Cheryl sehinggakan membuatkan Panggung Sari, Istana Budaya senyap seketika tak kala lontaran vokal menerpa segenap penjuru.

“Shila kenal dia sebab sebelum ini dia pernah menyertai pertandingan Hannah Montana. Waktu tu Shila jadi juri dan Shila pilih dia sebagai pemenang. Tak sangka pula akhirnya kami duduk satu pentas,” katanya saat mengenangkan kembali kisah lalu.

Peserta lain yang turut bertanding dalam kategori vokal termasuklah Jesper Nimoi, Nadia Haswani Hasnan, Muhammad Ridzuan Sharifuddin, Mohd. Azmira Mohamad Arif dan Dewi Liana Seriestsa. Turut bertanding Mohd. Rifanzie Ruji, Ang Hui San, Nabil Zamanhuri dan Ninie Arzieana Abd Kandis.

Hanya yang terbaik

Bagi kategori tarian solo, kebanyakan peserta yang bertanding di pentas akhir cukup hebat. Paling menyerlah sudah pasti melihatkan tarian yang dipersembahkan oleh Suhaili Ahmad Kamil, satu-satunya peserta tarian solo yang layak ke Hollywood. Peserta yang juga pensyarah tarian di Akademi Seni dan Warisan (ASWARA) itu mempersembahkan tarian yang cukup konsisten dengan paparan idea-idea baru yang cukup mengkagumkan. Malah Suhaili yang mendapat pendidikan tarian di luar negara turut mengenepikan cabaran Dharmashamini Kesavan, Krystle Koh Shau Phing dan Manikumar Subramaniam.

Bagi kategori tarian berkumpulan pula Aswara Dance Co. menepati ramalan awal apabila layak ke WCOPA dan menafikan kumpulan-kumpulan lain yang tak kurang hebatnya termasuklah Karyawan Floor Fever yang tak kurang hebatnya. Peserta lain yang bertanding termasuklah Poison Starz, Andalusia, Viva Diva, 8Starz Malaysia dan Petra Dance.

Kategori muzik instrumental pula cukup mendebarkan hadirin yang ada memandangkan kesemua peserta yang bertanding cukup hebat-hebat belaka. Namun Ryhthm Of Borneo menunjukkan kehebatan apabila juri sebulat suara memilih mereka sebagai peserta yang layak berbanding dengan Inspirasi Muzik Kita, Drum Simfoni dan Angklong Duet.

Kategori peragaan juga menyaksikan Zulyasrani Zaulyaddin dan Nur FarahDilla Marzuki sebagai wakil bagi mengharumkan nama negara nanti. Kedua-dua peserta ini juga membuktikan yang mereka benar-benar layak walaupun dicabar oleh yang lain. Turut bertanding Mohd. Afiq Muiz Azman Shah, Noorfashalina Mazlin Amir, Ahya Ulumuddin Rosli dan Noor Fashareena Mazlin Amir. Manakala kategori peragaan kanak-kanak dan lakonan, tiada peserta yang dihantar.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
China overtakes Japan as world's No. 2 economy
China overtakes Japan as world's No. 2 economy
08-19-2010 1,509 Views 0 Replies
World greatest swimming pool
World greatest swimming pool
11-07-2010 2,785 Views 0 Replies
Sepintas Separuh Akhir Muzik-Muzik Saringan pertama
Sepintas Separuh Akhir Muzik-Muzik Saringan pertama
11-11-2010 2,336 Views 0 Replies
Ayat-ayat poyo
Ayat-ayat poyo
11-03-2010 12,281 Views 10 Replies
Cincin..menarik dan pelik..
Cincin..menarik dan pelik..
04-17-2012 1,886 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
11-18-2010, 01:36 AM
Tahniah buat penyanyi IZ OIAM kerana telah mengharumkan nama Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) yang ke-14 di Hollywood. Beliau telah menyumbangkan 3 pingat emas, 2 silver dan 1 gangsa dan dua Champion of the World Division Winner Awards untuk Malaysia.

IZ telah berjaya melayakkan diri dan memboloskan diri ke final selepas melepasi peringkat pertama dan semifinal. Ketika siaran final, pertandingan ini disiarkan secara langsung menerusi streaming ke seluruh dunia dari Hotel Westin Bonaventure di Downtown Los Angeles.



Pastinya IZ rasa sangat bangga kerana beliau dapat menewaskan peserta lain yang datang dari lebih 40 buah negara. Boleh dikatakan semuanya hebat-hebat. Ternyata, pengalaman ini sangat berharga buat penyanyi ini.

Malaysia menduduki tempat ke-5 dari segi pungutan pingat emas walaupun rombongan Malaysia hanya ada 13 orang peserta di mana 12 orang daripadanya dapat masuk final. Kalau nak dibandingkan dengan negara lain seperti Afrika, USA dan Ireland yang menghantar 200 orang peserta, jadi, pasukan Malaysia lebih kecil.

Pada acara perasmian WCOPA, Malaysia berjaya meraih tempat kedua dalam acara perbarisan. Penyertaan Malaysia pada tahun ini berdepan dengan cabaran yg lebih sengit berbanding tahun 2009 kerana pada tahun lepas virus H1N1 membuatkan ramai peserta membatalkan penyertaan mereka di saat akhir.

Ini keputusan penuh WCOPA: Afrika Selatan(57 emas), USA(46), Ireland (32), Australia(19), Msia(16),Sweden(13), Rusia(12), Filipina(12), Canada (9).

Dr Rais berkata kementerian akan memberi peluang kepada mereka membuat persembahan dalam Program Merakyatkan Seni. Pihak kementerian bercadang untuk membawa pemenang ini mengikut giliran ke kampung menerusi Program Merakyatkan Seni. Program pertama ke Selangor pada 6 Ogos. Orang ramai boleh bertemu dan melihat lebih dekat apakah jenis bakat yang ditonjolkan di Los Angeles.

Dalam perkembangan berkaitan, Rais berkata kementeriannya akan memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) bagi menyemarakkan lagi pembangunan industri kreatif negara. Oleh kerana kekurangan tajaan, WCOPA tahun depan akan dibiayai menerusi RMK-10.

Dalam pertandingan itu Malaysia memperoleh 41 pingat dan dari jumlah itu pasukan negara memperoleh 18 pingat emas, 17 perak dan enam gangsa daripada 47 pertandingan pelbagai kategori seperti vokal, instrumental, peragaan dan tarian.

Setelah pulang ke tanahair, IZ kini sudah ada perancangan untuk bekerjasama dengan beberapa penerbit dari Los Angeles setelah mendapat perhatian dari agensi-agensi di sana. Dengarnya, satu tawaran akan dijayakan lewat tahun 2011 nanti. Lagu-lagu baru dari produser di LA ini akan IZ masukkan ke dalam album GEMINI yg masih dalam pembikinan dan sudah 60 peratus siap. Jadi, sekarang ini IZ sedang sibuk merakamkan album terbarunya.

sumber: http://www.budiey.com/iz-oiam-bawa-pulan...copa-2010/
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
11-18-2010, 01:39 AM
MENGEMBANGKAN bakat ke luar negara sememangnya menjadi impian setiap karyawan seni. Apatah lagi dengan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa di Hollywood yang akan mengiktiraf bakat dan mengubah nasib mereka untuk menjadi lebih terkenal.

Para peserta yang mewakili Malaysia pada pertandingan seni bertaraf dunia, World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2010 yang bakal berlangsung di Hollywood, California, Amerika Syarikat dari 17 hingga 25 Julai depan kini dalam proses bersiap sedia untuk menghadapi cabaran di Hollywood.

Merupakan kali keenam menyertai pertandingan tersebut, bagaimanapun pada tahun ini tiada sebarang artis terkenal yang menyertai barisan peserta yang bakal bertanding. Peserta yang terpilih mewakili Malaysia ke WCOPA kali ini ialah Cheryl Koh dan Khairullah Ezuan Sulaini bagi kategori vokal, Suhaili Ahmad Kamil dan Aswara Dance Co. untuk kategori tarian, sementara kategori muzik instrumental diwakili Rhythm of Borneo.

Satu lagi kategori iaitu peragaan diwakili Nur Farahdilla Marzuki dan Zulyasrani Zaulyaddin. Bukan mudah untuk menyahut cabaran dari luar negara dan mendapat peluang bersaing antara satu sama lain, malah pendedahan ini merupakan satu langkah untuk golongan artis menempa nama di luar negara.

Justeru, pelbagai program diadakan di Malaysia untuk mencari dan menilai bakat terpendam yang dimiliki karyawan seni tempatan. Menurut Pengarah Eksekutif All Star Performing Arts (M) Sdn. Bhd., Romli Bidin, acara yang diadakan setiap tahun itu merupakan satu pertandingan yang akan memberi peluang kepada mereka untuk melonjakkan lagi nama mereka di persada seni suatu hari nanti dengan semangat dan latihan yang dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

Tambahnya, pada tahun ini karyawan seni Malaysia akan menyertai empat kategori kali ini iaitu kategori vokal, tarian, peragaan dan muzik instrumental. Malaysia tidak akan menyertai kategori lakonan pada tahun ini kerana tiada sebarang individu yang berjaya membawa lakonan yang berkesan atau menarik perhatian juri untuk melayakkan mereka ke WCOPA 2010.

Menyentuh tentang persediaan ke gelanggang pertandingan itu nanti, menurut Cheryl Koh, gadis cilik yang baru berusia 14 tahun yang melayakkan diri untuk untuk kategori vokal, dia telah menjalani latihan hampir setiap hari bagi memantapkan lagi vokal dan gayanya apabila berada di atas pentas.

"Saya memang teruja untuk menyertai WCOPA 2010, apatah lagi saya terpilih untuk mewakili kategori vokal. Menerusi pertandingan itu nanti saya akan menyanyikan lagu untuk kategori pop, R&B, world music dan kategori terbuka," tuturnya. Tambahnya: "Bersama Khairullah Ezuan Sulaini, saya juga akan menyertai kategori duet menerusi kategori pop dan R&B."

Bagi kategori tarian solo pula, Malaysia akan mempertaruhkan bakat Suhaili Ahmad Kamil, 25, yang merupakan pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan guru penari sepenuh masa di Arora School of Dance di Subang Jaya. Suhaili bakal bertanding menerusi empat kategori iaitu jazz, tradisional, lirikal dan kategori terbuka.

"Persiapan untuk pertandingan kali ini, saya lebih tekankan kepada gaya tarian tradisional yang ingin disampaikan kerana rentak Tari Inai yang bakal saya persembahkan sangat rumit dan memerlukan saya mengubah sedikit rentak tarian yang mana setiap masa yang diberikan hanya satu minit," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Harapan Suhaili supaya apa yang disampaikan di sana nanti bakal membuka mata mereka bahawa Malaysia juga setanding dengan mereka. Model, Nur Farahdilla Marzuki, 19, pula bagaimanapun mengakui sedikit gusar dengan ketinggian yang dimilikinya berbanding peserta-peserta luar negara yang jauh lebih tinggi berbanding dirinya. Namun, dia tidak menjadikan faktor tersebut sebagai halangan buat dirinya untuk menjadi juara.

"Farah akan lebih menggayakan busana bercorak batik bagi menyerlahkan fabrik kebanggaan negara kita itu ke luar negara sekali gus membuka mata mereka bahawa Malaysia juga mampu mereka," ujar beliau baru-baru ini.

Bagi model lelaki pula, Zulyasrani Zaulyaddin, 22, yang sebelum ini bekerja di Hush Puppies sebagai pembantu jualan sanggup berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap modelingnya.

"Saya sangat teruja dapat pergi ke Hollywood kerana tahun lepas saya cuba nasib dalam pertandingan ini, tetapi gagal mempersembahkan yang terbaik dan tahun ini merupakan rezeki saya dan saya sangat bersyukur dapat mewakili Malaysia untuk menaikkan lagi nama Malaysia ke persada seni," ujar jejaka tinggi lampai ini.

Zul lebih menekankan kepada gaya jalan beliau dan tarikan para penonton yang melihat kerana ia merupakan imej yang perlu ada terhadap model. Kategori yang akan dipersembahkan oleh Zul termaasuklah formal, kasual, sesi fotografi dan pakaian renang malah mengatakan kasual merupakan persembahan yang sukar dibawa kerana ia perlu membawa karektor yang lain dari yang lain. Namun tambahnya, ia bukanlah halangan untuk beliau terus berusaha lebih gigih untuk memberi yang terbaik bagi semua kategori.

"Saya berharap, peserta yang mewakili Malaysia ini mampu membuka mata semua orang di sana bahawa Malaysia juga mampu bersaing bersama mereka tidak kira dalam apa jua persembahan dan menaikkan nama Malaysia ke persada dunia," kata Zul. - NOOR AKMAR ABDUL FATAH
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Malaysia WCOPA 2010 Mr.Pingu 1 4,787 11-18-2010, 01:17 AM
Last Post: Mr.Pingu
  12 peserta ke peringkat akhir Bintang Klasik Nasional 2010 Mr.Pingu 0 2,709 11-11-2010, 04:16 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-28-2026, 02:19 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend