Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › TeKNoLoGi v
« Previous 1 2

Saintis Cadang Teknologi Kuasa Angin

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Saintis Cadang Teknologi Kuasa Angin
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-06-2010, 02:51 PM (This post was last modified: 08-06-2010, 02:54 PM by Mr.Pingu.)
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Seorang saintis Selasa mencadangkan supaya teknologi kuasa angin digunakan sebagai sumber alternatif untukmenjana elektrik di negara ini.

Felo utama Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Mohamad Yusof Sulaiman berkata teknologi itu belum diterokai dan menjadi antara alternatif berpotensi sebelum teknologi nuklear digunakan menjelang 2021.

"Teknologi menjana elektrik menggunakan kuasa angin ditengah-tengah laut mampu menjana elektrik dengan banyak seperti loji nuklear. Ia juga lebih kompetitif jika dibandingkan dengan kuasa solar," katanya kepada Bernama Selasa ketika diminta mengulas hasrat kerajaan membina loji nuklear pada 2021 bagi menjamin bekalan elektrikdi negara ini mencukupi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah meminta semua pihak untuk memberikan pandangan mereka terutama cadangan mengenai sumber tenaga lain sebelum teknologi nuklear diguna pakai.

Tanpa mengetepikan fakta bahawa teknologi nuklear adalah paling kompetitif untuk menjana elektrik pada ketika ini, Mohamad Yusof berkata tenaga nuklear sepatutnya menjadi pilihan terakhir bagimana-mana negara.

Beliau berkata teknologi menggunakan kuasa angin yang dibina ditengah-tengah laut seperti di Laut China Selatan yang mempunyai tiupan angin yang kuat boleh menjana elektrik sehingga dua megawatt.

"Kos elektrik dihasilkan juga tidak setinggi berbanding kos elektrik dijana mengggunakan kuasa solar," katanya sambil menjelaskan bahawa kos elektrik dijana kuasa angin adalah tiga kali ganda lebih murah berbanding kos sama dijana kuasa solar.

Mengenai hasrat kerajaan menggunakan teknologi nuklear, Mohamad Yusof berkata keputusan itu perlu dilakukan secara telus selepas kerajaan menimbang sumber tenaga boleh diperbaharui seperti biomas, tenaga solar, hidro dan angin.

Ketika ini lebih 80 peratus daripada tenaga elektrik di Malaysia dijana menggunakan gas dan arang yang semakin kurang bekalannya selain tidak mesra alam, dengan selebihnya menggunakan sumber hidro dan biomas.

-- BERNAMA

satu cadangan yang baik...terutama aplikasi dari kawasan pantai utama di Malaysia
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Keindahan Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia
Keindahan Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia
04-29-2011 11,707 Views 9 Replies
Dewan diperbuat daripada Plastik
Dewan diperbuat daripada Plastik
08-06-2010 1,956 Views 0 Replies
Robot Comel dari Indonesia
Robot Comel dari Indonesia
09-25-2019 982 Views 0 Replies
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
12-29-2011 9,133 Views 3 Replies
salam semua^^
salam semua^^
08-15-2012 3,044 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-16-2026, 07:00 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend