Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 31 32 33 34 35 ... 40 Next »

Hairan tiga juta MyKad rosak

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Hairan tiga juta MyKad rosak
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-20-2010, 10:47 AM


PADA penghujung tahun 1990-an, Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kepimpinan lalu iaitu ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, telah menguar- uarkan Malaysia akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Beliau telah memulakan langkah untuk menjadi negara maju dengan merancang pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bandar Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya serta Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

Ini termasuklah sistem teknologi maklumat (IT) diperkembangkan dengan begitu pesat dan cepat. Bandar-bandar teknologi dan juga pusat perkembangan teknologi yang canggih dan mempunyai rangkaian sistem yang terkini diwujudkan. Ini termasuklah dengan kewujudan cip pengenalan diri atau dikenali dengan nama MyKad bagi mengantikan kad pengenalan lama yang dikatakan mudah rosak dan mudah juga dipalsukan.

Antara ciri keselamatan MyKad yang diuar-uarkan oleh kerajaan dan syarikat yang membekalkan kad tersebut adalah ia tahan lasak, mudah dibawa, boleh menyimpan pelbagai maklumat diri dan bank serta tidak mudah untuk dipalsukan. Kesemua ciri yang dimaklumkan tersebut menjadikan Malaysia antara sebuah negara yang pesat membangun, yang mula menggunakan cip pengenalan diri yang berteknologi tinggi dan tahan lasak untuk kemudahan rakyatnya.

Malangnya, maklumat yang dipamerkan dan dinyatakan oleh pembekal kad pengenalan bercip teknologi tinggi atau MyKad itu adalah kurang tepat dan tidak mencapai tahap yang diharapkan. Saya mengambil contoh diri saya sendiri, iaitu Mykad yang dibekalkan kepada saya sejak diwartakan pertukaran dari kad pengenalan biru kepada Mykad, sudah tiga kali saya menukarnya akibat masalah cip dalamannya yang sudah tidak boleh dibaca dan juga kulit luarnya mudah terkoyak.

Kekecewaan saya ialah apakah ia dikatakan tahan lasak sedangkan MyKad hanyalah diletakkan di dalam beg duit dan hanya digunakan sekali dalam seminggu atau kadang-kadang hanya dua kali sebulan. Malah cip dalamannya kerap juga tidak boleh dibaca (ketika berurusan di bank).

Yang paling menakutkan saya selaku warganegara yang prihatin, terdapat hampir 3,000 kes pemalsuan MyKad dilaporkan sejak dari tahun 2000 (laporan Utusan Online). Malah saya yakin kes pelmalsuan MyKad mungkin lebih tinggi kerana baru-baru ini (ketika saya berurusan di salah sebuah bank di Kuala Lumpur), seorang pelanggan yang 'mendakwa' dirinya warganegara Malaysia tidak dapat menggunakan MyKadnya.

Apabila pelanggan tersebut diminta oleh pegawai bank untuk menunggu sebentar bagi pihak bank memeriksa Mykad itu, pelanggan tersebut terus keluar dari bank dan menghilangkan diri. Dari awal saya melihatnya (pelanggan tersebut), saya sudah syak yang pelanggan tersebut bukan warganegara Malaysia namun bagaimana 'orang ini' boleh mendapat MyKad tersebut?

Yang paling mengejutkan saya, pegawai bank tersebut memaklumkan ini bukanlah kes yang pertama berlaku dan malah ia kerap berlaku di bank cawangan tersebut. Bagaimana dengan mudah bukan warganegara Malaysia memegang MyKad ini yang dikatakan paling selamat dan paling tidak mudah untuk dipalsukan?

Utusan Online (arkib) juga melaporkan bahawa sehingga kini kerajaan telah menerima aduan sebanyak tiga juta MyKad yang rosak sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2001. Jumlah aduan ini sudah melebih 10 peratus dari jumlah penduduk Malaysia.

Apakah kerajaan yang akan menanggung kos pertukaran MyKad ini atau rakyat yang tidak bersalah yang terpaksa menanggung kos pertukaran MyKad yang tidak berkualiti ini (pertukaran akibat kerosakan dan bukan kehilangan)? Adakah kerajaan tidak nampak ia satu tindakan yang tidak bijak (memperkenalkan MyKad) atau tidak mempunyai makmal yang cukup canggih untuk menilai kualiti MyKad yang dibekalkan kepada rakyat sama ada ia cukup tahan lasak dan berkualiti?

Saya mencadangkan kepada kerajaan untuk lebih berwaspada dalam memilih pembekal MyKad yang berkualiti dan juga dapat lebih meneliti kualiti MyKad yang dibekalkan sekarang kepada rakyat kerana ia adalah lambang kepada kemajuan negara maju. Jangan kerana pembekalan MyKad yang tidak berkualiti ini, ia akan merencatkan kemajuan dan juga boleh memalukan negara (dari pandangan global) kerana kelemahan dan gagal mempertahankan sistem keselamatan negara.

Pastikan kerajaan tidak sentiasa tertipu dengan 'persembahan' yang berkualiti ketika ingin memenangi tender tetapi hasilnya (kerugian), kerajaan pula yang menanggungnya. Banyak lagi pembangunan dan bantuan yang dapat disalurkan kepada rakyat daripada terpaksa menanggung kerugian atas kesilapan kerajaan dalam memilih pembekal. Rakyat miskin yang semakin menderita, syarikat tunggal yang menjadi kaya raya daripada hasil menipu kerajaan.

Shuhada Ghazali
Kuala Lumpur


PINGU: Hairan ya Mykad ni satu benda yg sangat penting patutnya dibuat menggunakan bahan yang tahan.. mykad i pun da menunjukkan tanda2 kerosakkan walaupun hanya simpan dalam dompet huuhuu
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Planet baru ditemui 200 juta tahun cahaya dari Bumi
Planet baru ditemui 200 juta tahun cahaya dari Bumi
08-11-2010 2,610 Views 0 Replies
malaysia Ramai janda muda
malaysia Ramai janda muda
08-08-2010 2,736 Views 0 Replies
Mangsa bunuh ialah adik V.K. Lingam
Mangsa bunuh ialah adik V.K. Lingam
08-10-2010 1,177 Views 0 Replies
hello
hello
04-01-2012 1,972 Views 1 Replies
Caya la..gajah blh panjat pokok??
Caya la..gajah blh panjat pokok??
06-15-2012 15,916 Views 21 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
11-20-2010, 11:01 AM
Salam.. hari ini pingu nak mengomel pasal mykad. seperti yang kita tahu mykad ni merupakan satu benda yang dikatakan nyawa bagi setiap individu di Malaysia. Ketiadaan Mykad menyebabkan anda mungkin dituduh warga asing! Persoalan yang cuba dibangkitkan disini ialah mengapa mykad mudah rosak?

ramai orang komplen Mykad yang mereka miliki mula menunjukkan tanda-tanda kemusnahan. sebagai cth mula patah. sedikit-sedikit patah akhirnya menjadi banyak. Kemudian gambar dan tulisan mulai kabur. mengapakah ini terjadi. sebelum ini sibuk diwar-warkan tentang keistimewaan mykad ni ang berbunyi seperti ini:

"Antara ciri keselamatan MyKad yang diuar-uarkan oleh kerajaan dan syarikat yang membekalkan kad tersebut adalah ia tahan lasak, mudah dibawa, boleh menyimpan pelbagai maklumat diri dan bank serta tidak mudah untuk dipalsukan. Kesemua ciri yang dimaklumkan tersebut menjadikan Malaysia antara sebuah negara yang pesat membangun, yang mula menggunakan cip pengenalan diri yang berteknologi tinggi dan tahan lasak untuk kemudahan rakyatnya."

Hakikatnya adakah benar seperti yang diwar-warkan itu? pada pendapat saya, bahan yang digunakan untuk membuat mykad perlulah dikaji akan kekuatannya dan ketahanannya. agar kadar kebarangkalian rosak pd usia yang baru xberlaku.. sekian sahaja!
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 12:49 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend