NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Fenomena Salji: Lebih banyak Keburukan daripada Kebaikan
#1
Kalau sebut sahaja salji pasti ramai yang kata best! Terbayangla tentang permainan Ski, Slagging, patung salji dan sebagainya. Namun setelah saya melalui sendiri peristiwa salji ini sebenarnya lebih banyak tidak seronok daripada seronok. Salji is a kind of disaster juga kalau sudah terlampau teruk. Sejuk dia tak boleh tahanlah. memang ke tulam sum sum dan paling terjejas kenderaan la. Aku lihat sana-sini kereta tenggelam ditimbus salji. haha.. kereta pun kotor semacam. Ok now USA pun dilanda ribut salji sehingga terjejas. Jom baca!


Ratusan kenderaan terkandas akibat ribut salji di Chicago, Amerika Syarikat kelmarin.

Quote:
CHICAGO - Bencana ribut salji di Amerika Syarikat (AS) bertambah buruk apabila 2,600 penerbangan terpaksa dibatalkan dan beratus sekolah serta pejabat pentadbiran ditutup di Chicago sekali gus menjejaskan satu pertiga penduduk di AS.

AS lumpuh akibat ribut salji

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan terbunuh akibat kemalangan jalan raya apabila ais meliputi jalan raya utama negara itu.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, antara jalan raya teruk terjejas adalah lebuh raya Minnesota ke Virginia dengan paras salji meningkat setinggi 60 sentimeter dan di Montana, North Dakota setinggi 38 sentimeter.

“Penduduk di kawasan Chicago diberi amaran berjaga-jaga apabila menjangkakan ribut salji bakal melanda negeri itu dengan dan paras salji meningkat pada ketinggian 2.5 sentimeter.

“Di lebuh raya Bandar Windy, pula salji dijangka meningkat pada paras 30 sentimeter dan orang ramai dilarang menggunakan jalan tersebut,” katanya.

Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) menggesa orang ramai supaya bersiap sedia untuk menghadapi cuaca buruk itu. Sementara itu, Lapangan Terbang O’Hare membatalkan 900 penerbangan manakala 260 penerbangan di Lapangan Terbang Midway juga dibatalkan.

Jurucakap Flight Aware AS berkata, lebih 1,465 penerbangan terpaksa dibatalkan di Minneapolis, Minnesota dan 1, 162 penerbangan dijadualkan pada hari ini juga dibatalkan, terutamanya penerbangan ke Washington. - Reuters
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)