Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 8 9 10 11 12 ... 24 Next »

Jangan babit saya lagi – Ayu

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Jangan babit saya lagi – Ayu
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-27-2012, 01:33 AM
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

SRI Hidayu Noorhadi atau Ayu sama sekali tidak menyangka perkahwinan yang dibina atas dasar cinta bersama pelakon dan pelawak Husni Rawi (Bob Kuman) pada 16 Disember 2005 boleh berakhir pada 8 Mac 2011.

Biarpun hampir setahun kenangan manis itu berlalu, namun hati wanitanya pasti tersentuh jika terlihat pasangan suami isteri bersenda gurau di hadapan mata.

Wanita berusia 31 tahun ini ditimpa rasa cemburu lantaran bahtera rumah tangga yang dipertahankan kira-kira lima tahun itu menemui titik noktah. Secara rasminya, Ayu tidak akan dilimpahi kata-kata cinta dan pelukan kasih seorang lelaki bernama suami. Tiada apa yang perlu disesalkan lagi kerana ketentuan Ilahi itu pasti ada hikmah nanti.

Pekerja firma guaman ini nekad memenuhi rutin hariannya dengan rona kebahagiaan semata-mata bersama ibu kesayangan, Tekah Mohd. Shariff, 57, selepas melalui keperitan “zaman kegelapan”. Menurut Ayu, kedamaian yang dicari selama ini tergugat apabila Bob membuat kenyataan yang menjatuhkan maruah dirinya sebagai bekas isteri.

Difahamkan Bob,40, ketika menghadiri satu majlis agama di Lumut, Perak, minggu lalu mendakwa Ayu meminta cerai daripadanya. Semua itu dakwa Bob berlaku selepas dia menerima hidayah dan ingin mendekatkan diri kepada Maha Pencipta sewaktu menunaikan umrah dahulu, walaupun ketika di Tanah Suci, Bob sering tidak menunaikan solat.

Umpama bom jangka, Ayu tidak dapat menahan rasa kekesalan pada pertemuan bersama Pancaindera kerana dia kini sedang dalam proses untuk melupakan kisah silamnya.

“Saya terkilan bila dituduh begitu. Saya tak akan sekat dia kalau dia nak berubah ke jalan benar, malah saya menggalakkan. Bob macam sengaja nak jatuhkan maruah saya dan keluarga. Macam saya ni tak ada agama langsung.

“Kami ke Tanah Suci pada Julai 2009 bersama emak. Tak ada beza layanan saya di sana atau di Malaysia sebab niat kami mahu beribadah sebanyak mungkin,” dedah Ayu pada pertemuan malam Selasa lalu di Sentul, Kuala Lumpur.

Ditanya bagaimana hubungan Ayu dengan Bob selepas bercerai, wanita ini sekadar berkata: “Ada, pernah berhubung. SMS pun ada.”

Lantaran itu, anak tunggal ini meminta Bob bertanggungjawab atas perbuatannya itu.

“Saya minta dia buat kenyataan maaf secara terbuka, akui kesilapan diri, kepada saya dan emak. Saya juga ada hak dan kehidupan. Macam mana saya nak hidup normal macam orang lain, kalau orang ramai pandang saya jelik?

“Dia sepatutnya fikir dulu sebelum bercakap benda yang dah jadi “sejarah”. Jangan babitkan saya sebab kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Tak adil kalau dia terus ganggu saya. Kalau perkara ini berterusan, saya tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang,” tegasnya.

Apa langkah seterusnya yang dirancang Ayu selepas ini?

“Saya tak boleh nak beritahu sekarang. Saya tunggu dia minta maaf dulu, sebab dia yang memulakan, kemudian baru saya ambil tindakan,” ringkasnya yang berharap agar kemelut tersebut segera berakhir.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Awie Bengang Tumbuk Kerusi Sampai Pecah!
Awie Bengang Tumbuk Kerusi Sampai Pecah!
08-06-2010 1,934 Views 0 Replies
Jadi terkenal selepas marah perogol
Jadi terkenal selepas marah perogol
08-18-2010 1,241 Views 0 Replies
Festivel Filem Malaysia (FFM) perlu rombakan besar!
Festivel Filem Malaysia (FFM) perlu rombakan besar!
10-24-2010 12,543 Views 17 Replies
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
03-16-2011 5,632 Views 8 Replies
Anda ada Hobi tak?
Anda ada Hobi tak?
08-17-2010 4,103 Views 5 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 09:27 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend