Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
TAIPING - Seorang pelajar Universiti Al-Azhar terpaksa melupakan sementara pengajiannya selepas lumpuh separuh badan akibat terjatuh ke dalam lubang sedalam lima meter di Kaherah, Mesir dua bulan lalu.
Dalam kejadian pada 9 Mac itu, Abdul Aziz Abdullah, 20, terjatuh ke dalam lubang di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan berdekatan asramanya.
Pelajar jurusan Syariah Islamiah itu terjatuh ketika berjalan ke sebuah kedai pada pukul 9 malam sebelum ditemui berlumuran darah di tempat kejadian.
Dia yang parah di kepala dan kedua-dua kaki kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pakar Ain Syam, Mesir dan menjalani pembedahan sebelum dibawa pulang ke Malaysia pada 20 Mac lalu.
Abdul Aziz memberitahu, walaupun keadaan kesihatannya sekarang tidak memungkinkan dia sembuh dalam masa terdekat, dia masih menyimpan harapan tinggi untuk meneruskan pengajian.
"Saya mahu cepat sembuh dan jika ada rezeki, saya mahu menyambung semula pengajian yang tertangguh," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohammad Zahir Khalid di rumahnya di Jalan Baru, Bukit Gantang di sini semalam.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@
kosmo.com.my
JOHOR BAHRU – Polis percaya kematian lima beranak yang ditemui di sebuah pusat servis hawa dingin di Jalan Serangkai 4, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang di sini kelmarin berpunca daripada kemalangan dan bukannya membunuh diri.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, ia berdasarkan pihaknya tidak menjumpai sebarang nota bunuh diri dan selain itu tidak ada elemen jenayah.
“Pada malam kejadian, pendingin hawa di tempat tersebut yang juga menjadi kediaman mereka rosak dan mereka sekeluarga dipercayai tidur dalam kereta.
“Namun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kosmo! semalam melaporkan kematian lima sekeluarga tersebut yang dijumpai bapa mangsa lelaki yang curiga selepas gagal menghubungi sejak Ahad lalu.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Oleh TOREK SULONG
berita@kosmo.com.my
PASIR PUTEH – Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki berniat jahat menakutkan seorang gadis berusia 21 tahun dengan mengacukan pistol tiruan sebanyak dua kali semasa gadis itu membonceng motosikal di sini tengah hari kelmarin.
Lelaki itu didakwa kali pertama mengacukan pistol tiruan tersebut di Jalan Kota Bharu-Jeram Pasu dan kemudian di hadapan pejabat cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Jawa, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu.
Bagaimanapun lelaki berusia 24 tahun dari Tumpat itu berjaya ditangkap setengah jam selepas perempuan itu membuat laporan polis sejurus kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, suspek didakwa telah mengacukan pistol tiruan ke arah mangsa semasa motosikal yang ditunggangi rakannya cuba memotong kereta Satria yang dipandu suspek.
“Mangsa yang berada dalam ketakutan dan mencurigai tindakan itu segera membuat laporan polis di Balai Polis Selising,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini semalam.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KOTA KINABALU – Kastam Sabah berjaya mematahkan sindiket menggunakan van bernombor pendaftaran palsu sebagai tempat simpanan sementara barang belum lulus cukai dengan penemuan dua buah van di Kampung Wonod, Telupid di sini kelmarin.
Timbalan Pengarahnya, Hamzah Sundang berkata, rampasan itu melibatkan penemuan pelbagai jenama rokok dan minuman keras yang dipercayai diseludup dari negara jiran dengan nilai keseluruhannya RM80,000.
Katanya, rampasan pertama dilakukan di kawasan lapang pada pukul 4.30 petang apabila menemui 29,380 kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM62,208 yang disimpan dalam sebuah van.
“Van tersebut disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dibiarkan berada di kawasan lapang itu bagi tujuan penyimpanan sementara barangan seludup itu,” katanya di sini semalam.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
SEREMBAN - Seorang ibu kini terpaksa menahan kerinduan setiap hari kepada anak gadisnya yang hilang selepas keluar membeli nasi lemak bulan lalu.
Afidah Abdul Aziz, 46, dari Taman Gadong Indah, Labu dekat sini berkata, Norshamiella Mad Alias, 19, hilang ketika keluar membeli sarapan pada pukul 8.30 pagi, 20 April lalu dan tidak pulang selepas itu.
Katanya, sejak itu, dia sekeluarga bimbang dengan keselamatan anak kedua daripada tiga beradik tersebut.
"Saya tidak tahu apa yang menyebabkan Norshamiella tidak balik kerana kami tidak pernah bertengkar atau berlaku perselisihan faham.
"Sebelum menghilangkan diri, saya selalu menasihatkan dia supaya menyambung pengajian dan tidak leka berseronok dengan rakan-rakan," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ujarnya, dia sekeluarga sudah puas mencari Norshamiella di beberapa tempat tetapi gagal dan menurut rakan-rakannya, anaknya itu mengikut seorang lelaki dipercayai teman lelakinya berusia 24 tahun dan bekerja di Petaling Jaya, Selangor.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengkaji semula sistem perparitan bagi mengelak banjir kilat.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kerjasama itu bagi memastikan sistem itu mampu menampung jumlah air hujan yang banyak pada masa akan datang.
"Semalam (kelmarin) pasukan kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak cepat menyelaraskan pemberian bantuan. Bancian dibuat bagi mengenal pasti jumlah kerugian," katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2012 Yayasan Pendidikan Titiwangsa di sini semalam.
Menurut Raja Nong Chik, sebanyak 18 kawasan di sekitar Kuala Lumpur terjejas akibat banjir kilat antaranya Bandar Sri Permaisuri, Jalan Yaakob Latiff, Bulatan Cheras, Salak Selatan, Sri Rampai, Jalan Ipoh, Kepong, Jalan Tun Razak, Kampung Setia Jaya dan Setapak.
"Tanah runtuh juga berlaku di enam kawasan termasuk Taman Melati dan Seksyen 5, Wangsa Maju selain pokok tumbang," katanya lagi.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
10 Bangunan tertinggi di Malaysia yang sedang, bakal dan dalam perancangan untuk dibina...
1. Warisan Merdeka Tower, Stadium Merdeka Kuala Lumpur - 118 tingkat (638m)
2. R&F Tanjong Puteri Tower, Johor Bahru - 100 tingkat (550++m)
3. 1Financial Trade Tower, Melaka - 110 tingkat (500++m)
4. Landmark Tower, Jln Duta Kuala Lumpur - 80-100 tingkat (400++m)
5. Platinum Tower, Jln Tun Razak Kuala Lumpur - 80 tingkat (380m)
5. Lot 185 & 167 KLCC - 2 block 76,72 tingkat (370m & 267m)
6. Oxley Tower KLCC - 2 block 83 tingkat (300++m)
7. Four Season Place KLCC - 65 tingkat (343m)
8. Skies@Vantage Bay, Johor Bahru - 75 tingkat (300++m)
9. The Astaka, Johor Bahru - 70 tingkat (309m)
10. Tradewinds Tower, Jln Raja Laut Kuala Lumpur - 60 tingkat (300m)
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
LUCU apabila seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) mengaku penduduk tempatan namun terpinga-pinga apabila diminta menyanyikan lagu kebesaran Negeri Sembilan.
Malah ada juga cuba menyembunyikan diri di atas siling rumah dan pelbagai alasan lain bagi mengelakkan diri daripada ditangkap pihak berkuasa.
Itu antara taktik yang digunakan PATI untuk mengaburi pihak berkuasa ketika ditahan dalam Op bersepadu Polis Jempol bersama agensi Kementerian Kesihatan, Majlis Daerah Jempol ( MPJL ) RELA, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Penerangan.
Dalam operasi bermula 10.30 malam hingga 5 pagi tadi di sekitar Jempol, Negeri Sembilan, seramai 32 individu ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata 17 PATI dari Indonesia, Bangladesh (9), Myanmar (5) dan seorang warganegara Vietnam.
"Op ini adalah inisiatif Pegawai Daerah Jempol bagi membanteras kebanjiran PATI selain mengekang penularan wabak Covid-19 membabitkan warganegara asing yang memasuki negara ini secara tidak sah.
"Selain Op bersepadu ini, pada masa sama kita turut mengadakan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard ( SOP ) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) dilokasi tumpunan ramai," katanya.
Hadir sama dalam operasi itu ialah Pegawai Daerah Jempol Syahrul Nizam Saleh dan Yang Dipertua MPJL Raja Norazli Raja Nordin.
Semua PATI ditangkap diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)© Akta Imigresen 1959/63.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
|