NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pengalaman Diganggu makhluk halus
#1
Assalamualaikum.. Seram! Itulah yang mampu saya katakan apabila diganggu hantu lagi hari ini. Kejadian berlaku di rumah sewaku di Taman Universiti Skudai. Sebenarnya saya pun tak tahu kalau-kalau rumah yang saya tinggal ini ada sejarahnya yang tersendiri. Ini merupakan kali keempat saya diganggu hantu tetapi yang peliknya hantu yang berlainan. So, nak cerita la after Solat Subuh tadi saya pun malas nak buat apa jadinya saya baring-baringlah atas tilam sampailah tertidur. Kemudian terjaga semula sekitar pukul 8 pagi. Saya rasa semacam sahaja.

Nak dijadikan cerita tiba-tiba badan saya tidak dapat bergerak dan nafas saya jadi sesak. Badan saya seolah-oleh dipegang sehingga tak mampu bergerak. Saya terlihat ada lembaga bersusuk tubuh seperti seorang lelaki kurus dan tua yang menindih tubuh saya. Namun tak jelas. Keseluruhan badannya berwarna hitam tetapi sangat kabur seolah-olah transparent. pandangan saya tidak jelas. Lembaga itu berderau-derau dengan suara yang garau. Dalam keadaan itu saya gagahkan diri membaca ayat Kursi berulang-ulang kali. AKhirnya lembaga itu lenyap dan saya kembali boleh bergerak.

Saya yakin saya tidak bermimpi dan kejadian tersebut jelas sekali berlaku. Dan peliknya ia berlaku pada waktu siang.. Sebenarnya, ada seorang rakan saya pernah memaklumkan bahawa ketika dia tinggal keseorangan di rumah saya, dia terasa seolah-olah sedang diperhatikan sesuatu dan dia berasa tidak tenteram dan takut. Saya pun tak tahulah apa yang ada di rumah sewa saya ni. Namun yang pasti, selang sebuah daripada rumah sewa saya ini ada sebuah rumah yang tidak pernah diduduki sejak 15 tahun lalu. Menurut jiran yang berbangsa India, beliau sering mendengar bunyi bising dari rumah kosong tersebut.
Suatu hari, beliau bersama seorang rakan cuba memasuki rumah tersebut (Rumah teres dua tingkat) yang tidak berkunci. Beliau masuk keseorangan manakala rakannya tunggu di luar pagar. Menurut beliau, tidak ada apa-apa yang pelik pun berada dalam rumah kosong tersebut. Namun ketika beliau sedang keluar dari pintu rumah kosong tersebut, rakan beliau yang berada di luar pagar ternampak lembaga seorang wanita sedang memandang tepat ke arahnya sebelum hilang. Jiran saya yang masuk rumah tersebut tak nampak lembaga wanita tersebut. Rumah tersebut yang sudah sangat lama ditinggalkan mungkin telah diduduki makhluk halus. Saya takut makhluk tersebut bersiar-siar pula di rumah saya huhu.

Dengan beberapa kejadian yang telah menimpa diri saya ini membuktikan bahawa makhluk halus memang wujud dan tidak semua orang boleh memiliki pengalaman bertemu mereka. Andai diberi pilihan, saya pun tak mahu langsung diganggu oleh mereka atau bertemu mereka. Dah la buruk menakutkan pula tu. Huhu.. Sekian sahaja untuk kali ini.


Gmbar ni menunjukkan bagaimana hantu tu berbentuk. lebih kurang la
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Diganggu Makhluk Halus: Amalan yang boleh dibuat untuk menghalau Mr.Pingu 1 1,243 11-24-2022, 09:31 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Kepercayaan orang melayu: Syaitan Iblis hantu Jembalang makhluk halus ghaib air jampi Mr.Pingu 0 2,192 01-05-2014, 01:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Mengusir Gangguan Makhluk Halus Mr.Pingu 0 1,852 08-09-2010, 05:56 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)