Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › IsLaM v
« Previous 1 2 3 4 5 6 ... 12 Next »

Solat itu Tiang Agama

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Solat itu Tiang Agama
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-28-2012, 05:27 PM
Salam Ramadan semua. Semoga masih gagah meneruskan ibadah puasa. Kali ini saya nak sentuh tentang solat yang mana mungkin saya pernah sentuh sebelum sebelum ini.

Ramai yang sudah sedia maklum akan kepentingan solat yang merupakan rukun Islam kedua selepas Mengucap dua kalimah syahadah. Seringkali dilaungkan bahawa solat itu tiang agama maka tidak bersolat maka runtuhlah agama. Solat itu tanda kepatuhan kita terhadap penciptanya, Allah swt. Namun, dewasa ini sudah ramai orang yang tidak mahu solat dan mengabaikannya langsung. Hidup mereka hanya diisi dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan melalaikan.

Ketahuilah bahawa manusia dicipta tidak lebih untuk menyembah Allah. Di akhirat kelak perkara pertama yang akan disoal oleh Allah kepada hambanya ialah tentang solatnya. Jika solat pun tidak mahu lakukan maka segala amalan baik lain tidak akan diterima.

Solat itu tidak sukar dilakukan. Allah telah meringankan perintah solat yang pada awalnya diturunkan sebanyak 50 waktu dalam sehari. Namun atas permintaan Rasullah dan Rahmat Allah, solat yang banyak itu ditetapkan 5 waktu sahaja sehari dan pahalanya tetap sama besar seperti 50 waktu itu. dengan 5 waktu sehari adakah sukar untuk kita hamba yang hina ini melaksanakannya?

Bagi yang sihat tubuh badan dan ada daya kekuatan, alangkah malunya anda kerana tak mahu bersolat dan sujud kepada Allah. Alangkah sombongnya anda sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah. Lihat gambar dibawah ini dimana seorang manusia yang dilahirkan sangat kurang sempurna namun masih gagahkan diri menyahut seruan Allah dalam solat. Anda bagaimana?


ini baru disentuh isu solat sedangkan lebih banyak lagi isu dalam agama yang perlu kita tunaikan melibatkan ibadah-ibadah lain seperti berpuasa, berzakat, menunaikan haji dan sebagainya. Semoga kita sebagai hamba Allah perlu memperbaiki amalan kita. Hidup ini hanyalah sementara dan seketika cuma maka janganlah kita sia-siakan. Kelak diakhirat menyesal sudah tiada gunanya.

sekian sahaja untuk kali ini.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Permainan Kutu & Cabutan Gilirannya
Permainan Kutu & Cabutan Gilirannya
08-23-2010 1,357 Views 0 Replies
Perihal Solat Tarawikh: Tepuk dada tanya iman
Perihal Solat Tarawikh: Tepuk dada tanya iman
08-20-2010 1,709 Views 0 Replies
Menguap menurut Islam
Menguap menurut Islam
08-23-2010 4,824 Views 3 Replies
Isteri Tanggung Suami ?
Isteri Tanggung Suami ?
08-08-2010 2,282 Views 1 Replies
Salam/Hai Komuniti Gempakz
Salam/Hai Komuniti Gempakz
05-04-2013 2,158 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-30-2026, 10:39 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend