NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Undi Umno tanda rakyat Bijak
#1
Quote:
KUALA LUMPUR: Rakyat yang bijak akan tetap memilih Umno serta Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini bukan kerana ia parti yang sempurna tetapi satu-satunya parti yang ikhlas dan tegas berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Umno dan BN juga sentiasa mendengar keluhan rakyat dan sentiasa memperbaiki diri serta parti demi kepentingan rakyat.

Justeru, katanya, adalah penting untuk Umno dan BN sifar masalah termasuklah masalah dalaman kerana sekiranya ia tidak diatasi maka kesannya adalah dalam dan besar kerana kemungkinan besar Malaysia akan berubah lanskap sepenuhnya iaitu menjadi sebuah negara republik ataupun sebuah negara yang terlalu liberal.

"Apa pun masalah dalaman Umno, hala tuju Umno masih tetap, jati diri Umno masih teguh dan pendirian Umno masih utuh. Sedangkan pembangkang masih tercari-cari hala tuju, masih terpinga-pinga dengan jati diri dan masih terkial-kial memahami erti pendirian," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata kesemua 13 parti BN perlu bergerak sebagai satu formasi yang teratur dan tersusun ke arah satu objektif iaitu kesepaduan dan kefahaman yang jitu agar BN sentiasa menjadi parti yang kuat dan tidak mungkin ditandingi pembangkang sekaligus mencapai kemenangan pada PRU nanti.

"Rakyat seharusnya sedar bahawa semboyan perang yang ditiup bukan sekadar semboyan perang merebut kuasa pilihan raya tetapi lebih dari itu, perang ini melibatkan survival bangsa dan kedaulatan negara.

"Mana tidaknya kerana pembangkang begitu jelas gemar bersekongkol dengan anasir-anasir luar yang punya kepentingan untuk menjajah Malaysia secara halus," katanya. Beliau berkata rakyat harus sedar bahawa parti-parti pembangkang yang kononnya berpakat, masih tidak sepakat.

"Kalau ada pun kesepakatan di mereka hanyalah untuk memusnahkan negara melalui hasutan, tiupan semangat perkauman dan kebencian yang tidak membawa apa-apa kebaikan pun untuk rakyat," katanya. - BERNAMA

Ok, dah baca petikan berita diatas? Apa pendapat anda? Kalau tak boleh nak bagi pendapat disini pun anda ada pendapat masing-masing. Isu politik memang sentiasa panas tak kira masa. Sekarang orang berlumba-lumba nak pegang tampuk pemerintahan sebab apa anda pun tau.

Mengundi parti X dikatakan bijak undi parti Y dikata bodoh? Sebagai rakyat, mereka bebas mengundi dan bebas memilih pemimpin. Mereka ada hujah masing-masing tak kira mereka menyokong parti mana dan pemimpin mana. Tak boleh nak dikatakan pengundi bodoh. Pilihan di tangan anda.

Pada suatu masa dahulu, manusia sangat takut untuk dilantik menjadi pemimpin kerana ia merupakan amanah yang sangat besar dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kini, manusia-manusia mulai rakus ingin mengambil tampuk pemerintahan dan yang telah berkuasa ingin kekal berkuasa selamanya.

Aku harapkan satu kumpulan pemimpin yang benar-benar ikhlas dan tidak ada kepentingan peribadi. Jujur amanah atas segala yang telah diamanahkan kepada mereka. Aku rindukan pemimpin yang beriman dan bertakwa. Semoga suatu masa nanti barisan kepimpinan di Malaysia akan lebih baik daripada yang ada sekarang.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Tanda-tanda kejatuhan Regis Zionis kini terlihat Mr.Pingu 0 2,096 07-24-2012, 07:50 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Rakyat harus bijak nilai NGO yang tidak telus Mr.Pingu 0 1,554 02-20-2012, 08:51 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Mukhriz mahu wakil rakyat Umno buat akujanji elak khianati parti Mr.Pingu 0 1,628 12-04-2011, 11:50 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Rakyat perlu bijak guna hak mereka sebagai pengguna: Ismail Sabri Mr.Pingu 0 1,786 10-29-2011, 08:51 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)