Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 ... 40 Next »

Rakyat perlu bijak guna hak mereka sebagai pengguna: Ismail Sabri

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Rakyat perlu bijak guna hak mereka sebagai pengguna: Ismail Sabri
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-29-2011, 08:51 PM
BERA: Rakyat boleh memboikot barangan tertentu yang dinaikkan pada harga tidak munasabah bagi menangani sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab serta ingin meraih keuntungan berlipat ganda, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, pengguna boleh mencontohi sikap rakyat di negara maju yang bijak menggunakan hak mereka bagi memprotes kenaikan harga sesuatu barangan. "Di negara berkenaan, rakyat mereka boleh mengawal dan menentukan kenaikan harga barangan walaupun tidak ada penguat kuasa. Oleh itu, kerajaan tidak perlu menetapkan harga barangan kawalan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Daerah Bera di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu rakyat negara ini memboikot barangan yang harganya dinaikkan peniaga tidak bertanggungjawab sesuka hati mereka.

Beliau berkata, jika rakyat melaksanakan hak dan kuasa mutlak itu dengan tegas, nescaya peniaga tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menjual pada harga yang lebih berpatutan.

"Rakyat tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk melindungi hak mereka, tetapi perlu bijak menggunakan hak mereka agar peniaga tidak berani mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata ketika ini terdapat 1,050 gerai makanan menu 1Malaysia di seluruh negara. Beliau berkata, gerai itu mendapat sambutan baik rakyat apabila jumlahnya melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 1,000 unit sehingga akhir tahun ini
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
08-22-2010 1,240 Views 0 Replies
SANDIWARA POLITIK YANG MEMUALKAN
SANDIWARA POLITIK YANG MEMUALKAN
08-21-2010 1,163 Views 0 Replies
Ini benar berlaku : Ada telur lalat dalam ayam goreng mamak Putrajaya
Ini benar berlaku : Ada telur lalat dalam ayam goreng mamak Putrajaya
08-04-2010 6,845 Views 6 Replies
RM10k daily ...
RM10k daily ...
08-29-2012 4,590 Views 5 Replies
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
07-01-2012 1,343 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Cuti Khas Pilihan Raya 2022 Mr.Pingu 0 9,246 11-15-2022, 03:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  KKM sudah berada pada tahap maksima, Rakyat perlu ambil peduli isu Covid-19 Mr.Pingu 0 873 05-23-2021, 01:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Rakyat Malaysia perlu Sedar Pendirian Malaysia terhadap Isu Israel / Palestin Mr.Pingu 0 778 05-16-2021, 07:01 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Rakyat Malaysia perlu sama-sama memerangi Covid-19 dari terus menular Mr.Pingu 0 968 10-11-2020, 01:56 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Undi Umno tanda rakyat Bijak Mr.Pingu 0 1,791 12-05-2012, 03:09 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pencuri Kereta semakin bijak guna teknologi! Mr.Pingu 0 2,297 07-27-2012, 05:01 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Tiada peserta MR1M yang muflis - Ismail Sabri Mr.Pingu 0 1,648 02-20-2012, 08:52 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Rakyat harus bijak nilai NGO yang tidak telus Mr.Pingu 0 1,663 02-20-2012, 08:51 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Rakyat perlu fikir masa depan Mr.Pingu 0 1,730 10-01-2010, 10:30 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-02-2026, 09:34 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend