01-27-2013, 05:19 PM

Ok kali ni saya nak cerita tentang home made kek iaitu kek buatan dari rumah. Hehe sama je kan maksudnya. Ok dua biji kek buatan kawan saya ni akan saya kongsikan. Kek yang pertama terdiri daripada coklat kek disaluti coklat putih berbentuk spageti. Eh betul ke? Saya harap saya tak silap.
Ok tentang kek spageti ni kawan saya buat atas permintaan kawan lain yang inginkan kek sempena meraikan pemergian saya ke luar negara. Hehee poyo je kan. Pertama kali terpandang kek ni memang saya rasa ngeri la dengan hamparan spageti yang boleh kata dihamparkan secara tidak teratur. Kawan saya memaklumkan bahawa beliau kesuntukan masa untuk buat kek ni dengan teliti. Tapi tak mengapa kerana beliau masih berusaha nak buat kek ini khas untuk kawan-kawan. Kami cukup menghargainya.
Setelah kek ini dipotong dan diagihkan, saya cukup terkedu dan juga teruja kerana rasanya yang cukup enak sekali. Krim yang berbentuk seperti spageti itulah yang terasa cukup lazat. Saya tak pasti kandungan bahan yang digunakan yang pasti ia sedap!
Kemudian, rakan saya telah membuat beberapa biji kek lagi atas tempahan dan hasilnya lebih baik. Saya sempat lampirkan sebiji kek yang dihamparkan kepingan-kepingan coklat yang menarik. Saya yakin rasanya juga enak. Saya berharap dapat mempelajari cara-cara membuat kek daripada rakan saya itu apabila pulang ke Malaysia nanti. Nanti bolehla saya tunjuk pada anda pula hasil air tangan saya. ^_*